PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Tuesday 15 November 2011

Perjuangan Bermula

Esok Rabu 16/11/2011 Peperiksaan SPM Sejarah bermula.
Kertas 1- 8.00-9.00 pagi
Kertas 2 - 10.00-12.30 tgh.

Teima kasih kepada yang sudi mengunjungi blog ini.
Semoga apa yang saya paparkan sedikit sebanyak dapat
membantu anda membuat mengulangkaji.

Selamat Maju Jaya Kepada Semua.

Saturday 15 October 2011

Tajuk Tudingan Tema 12~Bab 9 (Perang Dunia Pertama - Sebab & Kesan)

Nyatakan sebab-sebab tercetusnya Perang Dunia Pertama.


F1    Kemunculan nasionalisme di Eropah.
F2    Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar.
F3    Kuasa-kuasa besar ini berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
F5    Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk membuktikan   
        kekuasaan masing-masing.
F6    Kewujudan pakatan negara-negara Eropah.
F7    Perikatan Kuasa Tengah / Pakatan Bertiga dibentuk
F8    Pakatan Kuasa Tengah terdiri Jerman, Austria-Hungry dan Italy
F9    Pakatan Bertiga terdiri Britain , Peranchis dan Rusia.
F10  Persaingan antara kedua-dua pakatan ini mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud pada masa 
         itu.
F1     Kuasa-kuasa besar ini bersaing merebut peluang ekonomi.
F12   Mereka juga bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan /bahan mentah
F13   Mereka mahu  memasarkan barang keluaran mereka
F14   Faktor segera yang mencetus perang ialah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand  pewaris takhta 
         Austria-Hungary dan isterinya  oleh pengganas Serbia.
F15   Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
F16   Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Peranchis
F17   Serangan Jerman terhadap Peranchis
F18   Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan kemarahan Britain.
F19   Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman.
F20   Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut terlibat dalam perang 
          itu.

Huraikan kesan-kesan Perang Dunia Pertama

F1        Kesan politik
H1a      Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
H1b      Persidangan Damai  pada Jun 1919
H1c      Pemeteraian Perjanjian Versailles
H1d     Mengubah peta Eropah
H1e      Membentuk beberapa buah negara baru

F2        Pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919
H2a      Matlamat adalah menggalakkan keamanan
H2b      Dan kerjasama antarabangsa
H2c      Disamping menjamin keselamatan bersama
H2d     Liga gagal menjamin kesejahteraan dunia

F3        Kesan ekonomi
H3a      Negara-negara berperang mengalami inflasi
H3b      Hutang peperangan yang tinggi
H3c      Perbelanjaan peperangan terlalu besar
H3d     Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 billion
H3e      Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion
H3f      Masalah inflasi
H3g      Penggangguran

F4        Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat
H4a      Dan Jepun
H4b      Kesan ini dirasai oleh negara-negara Eropah / terutama Britian
H4c      Britian kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya

F5        Kesan sosial
H5a       Kehilangan nyawa begitu ramai




Cara-cara mengelakkan berlakunya peperangan.

F1    Mematuhi dan mengamalkan undang-undang
F2    Menghormati dan tidak mencabar hak orang lain
F3    Menanam kesedaran pentingnya keamanan
F4    Mengutamakan keharmonian kaum
F5    Berbaik-baik dengan semua negara
F6    Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
F7    Mematuhi matlamat Piagam PBB
F8    Berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
F9    Kerjasama di peringkat antarabangsa
F10  Bersama-sama menentang keganasan
F11   Meningkatkan taraf hidup rakyat

Tajuk Tudingan Tema 11~Bab 6 (Pembentukan Malaysia 1963)

Jelaskan faktor dari segi ekonomi yang membawa kepada pembentukan malaysia pada 1963.


F1  Mewujudkan pasaran yang luas
F2  Menggalakkan pelaburan
F3  Menggalakkan perkembangan industri pertanian
F4  Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
F5  Memanfaatkan keistimewaan sumber yang ada di negeri-negeri
F6  Tanah Melayu kaya dengan getah/bijih timah  
FSarawak dan Sabah  mempunyai    sumber bala
F8  Brunei kaya dengan sumber minyak

Terangkan reaksi negara luar cadangan pembentukan Malaysia

(a) Indonesia

F1      Membantah pembentukan Malaysia
H1a    Penentangan bermula pada akhir  tahun 1962
H1b    Berpendapat  pembentukan  Malaysia  merupakan  satu  bentuk penjajahan/neokolonialisme
H1c    pembentukan Malaysia mengancam Indonesia
F2      Pandangan disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI
H2a    PKI mempengaruhi Presiden Sukarno
F3     Mengisytiharkan Dasar Konfrantasi
H3a  Presiden Sukarno mengumumkan Ganyang Malaysia
H3b  Menyerang kapal-kapal nelayan Tanah Melayu
H3c  Menceroboh ruang udara Malaysia
H3d  Melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah
H3e  Memburukkan nama Malaysia di Negara Afro-Asia
   H3f  Memburukkan nama Malaysia di Negara Dunia Ketiga.

(b) Filipina

F1      Pengumuman rasmi menuntut hak ke atas Sabah
H1a    Mendakwa Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu
H1b    Mengemukakan perjanjian antara Sultan Sulu/Sultan Jamalul
           Alam dengan Baron Von Overbeck.
H1c    Perjanjian dijadikan sebagai asas tuntutan.

 


Saturday 6 August 2011

KBKK Tema 7~Bab 3 (Kerajaan Awal Asia Tenggara)

1. Pada pandangan anda apakah pengajaran yang boleh diambil iktibar daripada kemajuan-kemajuan yang
    dicapai oleh Kerajaan Awal di Asia Tenggara.

F1     Kegigihan masyarakat dalam memajukan ekonomi
F2     Pemerintah yang bijaksana untuk meningkatkan ekonomi
F3     Semangat ingin meneroka kawasan baru
F4     Menguasai pelbagai bidang kemahiran
F5     Memajukan diri dengan ilmu pengetahuan
F6     Membuat inovasi dalam bidang ilmu pengetahuan seperti menghasilkan karya berbentuk ilmiah
F7     Berhubung dengan negara-negara luar dalam perkongsian pintar cth teknologi, senibina
F8     Menghormati para pemimpin negara dengan mematuhi peraturan dan undang-undang
F9     Menjalinkan hubungan dua hala dalam memajukan ekonomi negara
F10   Memaksimumkan sumber yang ada untuk membangunkan negara

Mana-Mana jawapan yang munasabah

KBKK Tema 7~Bab 2 (Peningkatan Tamadun)

1. Pada pendapat anda bagaimanakah kegemilangan Tamadun China dan Tamadun India dapat dijadikan
    contoh untuk memajukan negara kita agar setanding dengan negara-negara maju yang lain.

F1     Membuat transformasi pendidikan
F2     Melicinkan jentera pentadbiran kerajaan
F3    Memajukan bidang pertanian dengan inovasi  baru dalam bidang pertanian
F4    Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan melalui kaedah kajian saintifik
F5    Meningkatkan taraf hidup rakyat
F6    Menitikberatkan bidang sains dan teknologi
F7    Meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi
F8    Melahirkan ramai golongan profesional dalam pelbagai bidang

Mana-mana jawpan yang munasabah

Friday 5 August 2011

KBKK Tema 7~Bab 1 (Kemunculan Tamadun Awal Manusia)

1. Apakah yang boleh diambil iktibar daripada kejayaan Tamadun Indus membina kota dan bandar

F1     Mempunyai organisasi tersusun
F2     Pemerintahan yang stabil
F3     Rakyat mempunyai kemahiran dalam aspek pembinaan
F4     Mempunyai inovasi utk meningkatkan mutu bahan binaan
F5     Mempunyai sifat keterbukaan berhubungan dengan dunia luar untuk mempelajari kepakaran

Mana-mana jawapan yang munasabah


2. Apakah yang boleh diambil iktibar daripada kejayaan Tamadun Hwang Ho dalam memajukan bidang
    pertanian

F1     Mempunyai kemahiran membina sistem pengairan
F2     Mempunyai inovasi mencipta alatan pertanian
F3     Kebijaksanaan pemerintah mengarahkan pembinaan terusan/sistem pengairan
F4     Mencipta sistem kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai
F5     Semangat kegigihan dan rajin berusaha

Mana-mana jawapan yang munasabah

Bak kata Tag Line Nabil Raja Lawak ~ Lu Pikirlah Sendiri....

SOALAN KBKK ( Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis)

Pengenalan

1. Soalan KBKK diperkenalkan mulai SPM 2006.
2. Pd hemat saya, tujuan soalan ini ialah untuk membantu pelajar mendapat markah.
3. Disamping untuk mengaitkan dan merelevankan apa yang dipelajari di dalam kelas dalam situasi semasa
     supaya pelajar faham sejarah itu hidup.
4. Soalan KBKK hanya pada Kertas 2 Bhg. A dan B.
5. Bagi soalan struktur biasanya pada soalan pecahan (d) atau (e)
6. Manakala soalan esei biasanya pada soalan pecahan (c).

Contoh Soalan KBKK SPM 2010

Soalan Struktur

1(d) Sejarah telah membuktikan betapa pentingnya sungai dalam kehidupan manusia.
        Bagaimanakah kita seharusnya memelihara sungai supaya keselesaan manusia terjamin.
        i) ..............................................................................................
       ii)...............................................................................................
       iii)..............................................................................................
                                                                                            ( 3 markah~banyak tu)

- Sedihlah bila soalan camni pelajar pun xleh nak jawab.
- SPM 2010 bila saya kira , untuk soalan KBKK sahaja ada 33 markah.
- Sangat tidak logik boleh gagal sejarah..hehe..

Soalan esei

9 (c) Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda dapat menjayakan usaha kerajaan untuk menghadapi
        cabaran globalisasi ?
                                                                                                    ( 6 markah~ish..ish..byk tu !)
         ..................................................................................................................................................
         .................................................................................................................................................
         ................................................................................................................................................
        Soalan tanya peranan anda. Nak senang... mulakan  jawpan dengan..
         Saya akan...bla.. bla ( X 6 )

        Kadang pelajar silap pakai ganti nama ( kesian cikgu yg ajar BM)
        Kita hendaklah.....salah tu  bhai...
                     @
       PELAJAR hendaklah.....pun salah.......

Walaupun demikian ada juga soalan KBKK yg mengelirukan pelajar jika tidak berhati2.
Contohnya soalan Esei No. 6 (c) SPM 2008.

6(c) Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri kehidupan Arab jahiliah menghalang pembentukan masyarakat  
       bermoral ? 
                                                                                                        (6 markah)
Jika pelajar hanya tulis semula ciri-ciri jahiliah seperti :-
- merompak
- berzina
- minum arak
- bunuh bayi perempuan
- amal riba
- etc

X diterima kerana tidak menjawab soalan. 
Isi tersebut boleh digunakan tetapi perlu dikembangkan lagi.

Cth jawapan:
- pengamalan ciri-ciri Arab jahiliah seperti merompak menghalang pembentukan masyarakat bermoral kerana 
   perbuatan merompak adalah menyalahi undang-undang.
- Perbuatan berzina juga menghalang pembentukan masyarakat bermoral kerana orang yg melakukan zina 
   adalah berdosa besar dan akan dipandang hina oleh masyarakat sepanjang hidupnya.
- Perbuatan minum arak juga aktiviti yang tidak bermoral kerana........................................................... 
   ........................................................................................................................................................

Sentiasa Ingat !! Walaupun mudah...Fahami kehendak soalan.
 

Sunday 31 July 2011

Tajuk Tudingan Tema 11~Bab 4 ( PERSEKUTUAN TANAH MELAYU )

JELASKAN FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

F1     Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union
H1a  Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah pimpinan Dato Onn Ja'afar

F2     Sokongan bekas pegawai-pegawai British
H2a   Mereka pernah berkhidmat di tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
C2a   Antara mereka termasuklah Sir Frank Swettenham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir
          Cecil Clementi
H2b   Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu

F3     Sokongan pegawai-pegawai tinggi British
H1a   Contohnya seperti Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent dan L.D gammans

F4     Sikap politik orang Melayu yang sederhana
H4a   Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, demonstrasi, berkongres dan memujuk raja-raja Melayu
          untuk menyokong penentangan terhadap British.
H4b   Mereka tidak mengangkat senjata seperti Parti Komunis Malaya (PKM)

F5     UMNO tidak menuntuk kemerdekaan
H5a   British memilih UMNO dan Raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk
          menolak Malayan Union
H5b   British juga bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yg di kuasai oleh
          golongan radikan PKMM, API, AWAS dan BATAS.

F6     Perpaduan orang melayu daripada semua golongan
H6a   Perpaduan dlm kalangan orang Melayu dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union
H6b   Keupayaan orang Melayu memujuk dan mendesak British untuk menghidupkan semula dasar
          perlindungan terhadap orang Melayu

F7     Gesaan Piagam Atlantik
H7a   Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak
          menggalakkan penjajahan baru.
H7b   Sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan sendiri kpd penduduk
          tempatan

TOKOH-TOKOH PENGGERAK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

F1     Pemimpin tempatan, pihak British, Raja-raja Melayu dan pemimpin UMNO
F2     Terdapat 9 orang raja Melayu yang terlibat
H2a   Mereka telah menyediakan tuntutan dan cadangan yg sesuai untuk menjaga status dan keselamatan
         rakyat.
H2b   Contoh Sultan Badlishah (Kedah), Sultan Abdul Aziz (Perak) dan Sultan Ibrahim  ( Johor)
H2c   Mereka menuntut supaya kuasa-kuasa raja Melayu dikembalikan seperti sebelum tahun 1941.

F3     Rakyat pula diwakili oleh para pembesar
H3a   Mereka bertindak sebagai penasihat kpd raja masing-masing
H3b   Sebahagian mereka merupakan pemimpin UMNO
H3c   Mereka bersama-sama Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British melindungi kepentingan
         orang Melayu berserta Raja-Raja Melayu.
H3d   Kerjasama mereka telah membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran, agama Islam dan bahasa
          Melayu serta pengekalan institusi raja Melayu berjaya dimasukkan ke dalam Perjanjian Persekutuan
         1948.
H3e   Antara tokoh tersebut termasuklah Dato' Onn Ja'far dan Dato' Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar
          Kelantan)


Raja-Raja Melayu dan Pegawai Tinggi British selepas Upacara Menandatangani Perjanjian Persekutuan dan Negeri, di King's House, Kuala Lumpur pada 21 Januari 1948

Wednesday 27 July 2011

Tajuk Tudingan Tema 11~Bab 4 ( MALAYAN UNION )


HURAIKAN SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION

F1      Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri 
H1a    British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah 
          membentuk pemerintahan sendiri.

F2      Melahirkan Pentadbiran yg licin 
H2a    British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin. 
H2b   Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi cara 
          pentadbiran.

F3     Menjimatkan kos pentadbiran 
H3a   Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah 
          menyulitkan petadbiran. 
H3b   Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar. 
H3c    Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.

F4     Membentuk Bangsa Malayan Union. 
H4a   British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan 
          negara asal dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union. 
H4b   Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah 
         Melayu tidak terbantut.

F5      Mengawal kuasa politik orang Melayu. 
H5a    British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan yg 
          berterusan  terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu. 
H5b   Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

BERIKAN CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION

F1   Penyatuan Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu an Negeri Selat.
F2   Perlantikan seorang gabenor British oleh Ratu England yg akan mengetuai Malayan Union.
F3   Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union.
F4   Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
F5   Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli
F6   raja-raja Melayu menjadi ahli majlis raja-raja melayu
F7   Raja-raja melayu membincangkan soal agama dan adat istiadat melayu
F8   seorang pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir


MENGAPAKAH ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION 
F1    Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu. 
      H1a   Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union.
C1a  Cth. Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah.
F2a   Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union.
H2a   Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
H2b   Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.
H2c   Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.
H2d   Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.
F3    Pemberian kerakyatan yg longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu.
H3a   Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
H3b  Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan 
               Melayu seperti  Kesultanan Melayu Melaka.
H3c   Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama.
 

DATO' ONN JA'AFAR
BANTAHAN MALAYAN UNION





CARA-CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.

F1       Bantahan melalui akhbar-akgbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta.
H1a    Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan   
           tandatangan Raja-raja Melayu.
H1b    Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.

F2       Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union.
H2a    Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.

F3       3 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan
           United Malays Organization ( U.M.O ).
H3a    Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru
           Kuala Lumpur.
H3b    Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu.
H3c    Kongres ini setuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau
           Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
H3d    Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah
           perisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.

F4      Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan
           mereka kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William.
H4a    Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan
                      bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut

KELAB SULTAN SULAIMAN KG. BARU ~ TEMPAT BERLANGSUNGNYA
KONGRES MELAYU

Monday 25 July 2011

Tajuk Tudingan Tema 11~Bab 3 (Sistem Jemaah Menteri Kelantan, Undang-Undang Tubuh Terengganu,Prinsip Demokrasi Negeri Sembilan)


SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

1. Latar belakang
  • Sistem jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836).
  • Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kelantan.
  • Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.

2. Struktur Sistem Jemaah menteri Kelantan.

  •  Jemaah Penasihat Raja – Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
  •  Jemaah Menteri Istana – Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
  • Jemaah Menteri Keadilan dan kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
  • Jemaah Menteri Dalam Negeri – Menjaga keamanan Negeri.
  •  Jemaah Menteri Luar – Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
  •  Jemaah Menteri Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
  • Jemaah Menteri Peperangan – Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
  • Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.
ISTANA BALAI BESAR KELANTAN


UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU

1. Latar Belakang
  • Pada 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
  • Dikenali juga sbg Ittiqan-Il muluk bi-tadil il-suluk bermaksud keyakinan kepada pemerintah yg berdasarkan keadilan.
  • Tujuan – untuk menghalang British yg sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.

2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
    Terengganu.
  • Pemerintahan beraja bercorak raja berperlembagaan.
  • Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam.
  • Berbangsa Melayu.
  •  Lelaki.
  • Merupakan waris Sultan yg memerintah Terengganu.

3. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
    dan Jemaah Menteri.

4. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan
    mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu,
    rakyat Terengganu serta mengaku taat setia
    kepada sultan dan kerajaan.

5. Majlis Mesyuarat kerajaan diketuai oleh Menteri
    Besar yg dilantik oleh Sultan.

6. Jemaah menteri berhak memilih Naib Menteri
    Besar setelah diperkenankan oleh Sultan.

7. Ahli Mesyaurat kerajaan bertanggungjawab
    membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk
    mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan
    peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, 
    menjaga keamanan negeri dan menjalinkan
    hubungan dengan negeri lain.

8. Waris sultan atau menteri dilarang mengkhianati
    pemerintah negeri dan ditegah menyerahkan
    negeri kepada kuasa lain.

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU MENGANDUNGI FASAL BERIKUT
  • Perlantikan Raja
  •  Syarat menjadi Raja
  • Waris takhta
  • Tertib Raja
  • Zuriat Sultan
  • Raja yang belum cukup umur.
  • Tegahan kepada raja 
  • Sara hidup kerabat iraja
  • Menteri
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
  • Tanggungjawab pembesar
  •  Kedudukan Agama Islam
  • Ketaatan kepada pemerintah
  • Kesalahan khianat kepada negeri
  • Pemilihan Menteri Besar dan Naib Menteri Besa
  • Kepentingan dan agenda mesyuarat kerajaan
  • Mengadakan perjanjian
  •  Hubungan kerajaan denga kerajaan lain.

NEGERI SEMBILAN – PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN.

1. Latar Belakang
  • Negeri Sembilan teriri drpd  9 buah negeri iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.
  • Paa abad ke 18, Negeri Sembilan mempunyai rajanya sendiri iaitu Raja Melewar dengan gelaran Yamtuan Besar.
  • Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yg bentuknya mirip persekutuan sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  • Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berasarkan Adat Pepatih iaitu kedaulatan berada ditangan rakyat.
  • Mengikut hieraki Adat Pepatih, perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yg kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.

UNSUR DEMOKRASI DLM SISTEM PEMILIHAN PEMIMPIN DI NEGERI SEMBILAN.
  • Negeri Sembilan dibahagikan kepada 4 daerah atau jajahan yang disebut luak.
  • Empat luak utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol.
  • Ketua setiap luak ialah Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
  • Undang dipertanggungjawabkan melantik Yang Dipertuan Besar.
  • Lembaga pula dipilih oleh Buapak.
  • Lembaga merupakan ketua suku dan bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
  • Buapak merupakan Ketua Perut.
  • Setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.
  • Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya yg berkaitan dgn adat.
  • Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa kepada indiviu mengikut peringkat.
RUMAH MINANGKABAU