PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Saturday 10 March 2012

Asal Usul nama Mersing

Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.


Perkampungan Nelayan di Mersing

Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya.
Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.

Mersing meniti pembangunan
Kini Mersing telah banyak berubah.Sektor pelancongan telah mengubah landskap sosial dan budaya masyarakatnya.Kehadiran pelancong asing hampir saban hari telah menjadikan Mersing sebagai salah satu destinasi pelancongan yang tercatat dalam diari golongan wisata.Pulau-pulau disekitar Mersing spt Pulau Tioman, Pulau Besar, Pualu Sibu dan Pulau Pemanggil masih belum lagi tercemar dan kehidupan dasar lautnya begitu indah untuk dinikmati terutananya bagi pengemar sukan scuba.Saya sendiri secara jujurnya belum berkesempatan merasainya sendiri syurga laut yang dimaksudkan walaupun saya sememangnya berada di daerah ini.Inshallah....



Bangunan-bangunan baru di tepian Sungai Mersing