PUTRA SEJARAH
Tuesday, 1 August 2017
Friday, 28 July 2017
Program Kecemerlangan Sejarah di SMK Datin Onn
Monday, 24 July 2017
Program Kecemerlangan Sejarah BP
Salam uolls...dah lama tak berceramah.Skill dah berkarat kena brasso sikit.
Blog pun dah lama tak update.Ni nak try idupkan balik.harap2 dapat bantu anak2 pelajar kat BP.
Blog pun dah lama tak update.Ni nak try idupkan balik.harap2 dapat bantu anak2 pelajar kat BP.
Sunday, 23 July 2017
Saturday, 22 July 2017
Sunday, 10 May 2015
Tuesday, 7 April 2015
SELAMAT BERSARA TN.HJ JUMALI
Tarikh 1 April 2015 detik bersejarah kepada Pengetua SMK Tunku Putra Tuan Hj Jumali bin Ahmad.Rasminya beliau bersara dalam perkhidmatan perguruan setelah meninggalkan detik gemilang kepada SMK Tunku Putra.Pencapaian STPM 2014 mencapai 100% kelulusan.Manakala dalam peperiksaan SPM 2014 menghasilkan 11 orang pelajar straight A.Memberikan hadiah yang cukup bermakna atas persaraan beliau.
Saya mengenali beliau sejak tahun 1987 yang lalu.Satu masa yg agak lama.Hampir 30 tahun yang lalu.Saya merupakan anak murid beliau di SMK Senggarang Batu Pahat.Memang tidak di sangka boleh bertemu semula di SMK Tunku Putra yang mana beliau menjadi pengetua dan saya sebagai gurunya.
Mengimbau zaman persekolahan memang banyak memori yang terpahat.Tn Hj Jumali merupakan guru mata pelajaran kimia.Perghhhh...kimia aku memang bungkus masa tu.Maklumlah kami antara batch awal yang mengambil subjek sains tulen.Namun Cikgu Jumali tetap tenang menangani beberapa orang pelajar dalam kelas 5 sains yang lemah subjek kimia termasuk aku. Dari form 4 sampai trial form 5 memang tak pernah lulus subjek kimia.
Hasil usaha beliau mengadakan beberapa kali(tak ingat) kelas tambahan kimia....Alhamdulillah akhirnya aku lulus dalam peperiksaan SPM.Walau pun cukup-cukup makan.Dengan keputusan yang sederhana dapatlah aku masuk Tingkatan 6 dan tukar aliran kepada sastera sebab sains memang tak boleh masuk.
Terima kasih Tuan Haji Jumali atas segala ilmu kimia yang dicurahkan.Selamat bersara, semoga senentiasa sihat sejahtera.

Saturday, 11 October 2014
BACA-BACA SEJARAH BAB 2 TINGKATAN 4
PENDIDIKAN TAMADUN CHINA
1. Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam
2. Terdapat tiga peringkat pendidikan
3. Pada peringkat rendah - mengenal dan menghafal tukisan
4. Pada peringkat menengah - karangan dan sastera
5. Pada peringkat tinggi - menterjemah buku suci
6. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap
7. Tahap pertama setaraf ijazah pertama
8. Tahap kedua setaraf sarjana
9. Tahap ketiga setaraf doktor falsafah
10. Peperiksaan aam dikendalikan dengan ketat
11. Mereka yang meniru dikenaka hukuman mati
12. Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan
13. Calon peperiksaan ditempatkan dalam bilik
14. Disediakan makanan.
15. Dikurung 3 hari untuk menulis jawapan
PENDIDIKAN TAMADUN INDIA
1. Berteraskan agama Hindu dan Buddha
2. Bermula pada zaman vedik
3. Didominasi oleh kaum lelaki
4. Wanita tiada ruang mendapat pendidikan
5. pembelajaran kitab veda
6. Pembelajaran Bahasa sanskrit
7. Menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
8. Tumpuan pada pendidikan agama
9. Kolej Brahman menyediakan pendidikan tinggi.
10. Pendidikan untuk meningkatkan ilmu sains
11. Menambah ilmu
12. Mengatasi buta huruf
13. Mendapat jawatan dalam pemerintahan

Thursday, 2 October 2014
BACA-BACA SEJARAH BAB 1 TINGKATAN 4
Maksud Istilah Tamadun
- Bahasa Arab mudun dan madain.
- Perkataa Arab madana
- Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar- mudun dan madain
- Bahasa Inggeris- civitas ialah bandar
- Masyarakat barat - tamadun dikaitkan dengan lahiriah seperti penulisan, undang-undang
- Pandangan Islam - rohaniah dan lahiriah
- menurut Syed naquib al-Attas - pencapaian tatasusila yang tinggi
- Disokong oleh Richarard Sullivan
Ciri-ciri Tamadun
1. Petempatan kekal
2. Kehidupan berorganisasi
3. Sistem pemerintahan
4. Raja menggunakan unsur magis
5. Dakwa diri wakil Tuhan
6.Wujud undang-undang
7. pengkhususan pekerjaan
8. Agama dan kepercayaan
9. Kepercayaan animisme
10. Kepercayaan Politeisme
11. Bahasa dan tulisan
Sumbangan Mesir Purba
1. Binaan piramid
2. Ilham Imhotep- jurutera
3. Pembinaan dengan batu bata
4. Piramid Sakkara - tertua
5. pembuatan kertas dari pokok papyrus
6. Tulisan Hieroglif
7. Sistem pendidikan
8. Untuk kanak-kanak keluarga atasan
9. Pendidikan diurus oleh rumah ibadat
10.Pendidikan sejak umur rendah
11. lahirkan pegawai kerajaan
12. lahirkan iuru tulis
13. Ilmu geometri, matematik dan sains
14. Kemahuan ilmu perubatan
15. Proses memumiakan mayat
16. Ilmu fizik dan kimia
17. Perubatan dan pembedahan
18. Ilmu matematik digunakan untuk kawal banjir
19. membina sistem pengairan
20. penciptaan Kalendar

n
Sumbangan Hwang Ho
- Pemerintahan
- Sistem monarki
- Gelaran raja ditukar maharaja
- Konsep anak syurga
- Mandat syurga dikaitkan dgn raja
- Kegiatan ekonomi
- Pembangunan pertanian
- Sistem pengairan
- Terusan dibina di Szechwan
- Kemajuan teknologi pembajakan
- Ciptaan cangkul dan sabit
- Petani guna batas utk penanaman
- Guna alat pertanian kayu dgn besi
- Sistem tulisan
- Diajar di sekolah di China
- Penggunaan oleh orang Korea dan Jepun
- Pemujaan roh nenek moyang
- Korban manusia tidak lagi diamalkan
- Digantikan dgn makanan, duit kertas
- Konsep Yin dan Yang
- Sistem kalendar
- 30 hari sebulan
- 360 hari setahun
- Kepercayaan Feng Hsui
Tuesday, 19 August 2014
Bengkel Menjawab Sejarah
Tahniah kepada pelajar yang dapat menghadirkan diri walau pada hari itu hujan yang lebat. Semoga perkongsian dari En Bahtiar dapat di manfaatkan sebaik-baiknya.Terima kasih kpd pengacara majlis 'emcee' yang terpaksa bukak internet pepagi buta utk download teks emcee dari blog.Masih ada lagi teks tu kat entri di bawah. Biar kat situ jadi kenangan bahan sejarah.
Thursday, 14 August 2014
Teks Pengacara Bengkel Menjawab Sejarah SPM
Bismillahirohmanirahim..
Assalamualaikum wtb
Yang Berbahagia En Bahtiar bin Sukkor Guru Cemerlang
Sejarah SMK Dato Ali Hj Ahmad , Pontian selaku penceramah undangan pada hari
ini.
Yang Dihormati En Tee Tan Kue, Guru Kaunseling SMK
Tunku Putra.
Yang
di hormati En Mohd Zamni bin Sairun, Ketua Panitia Sejarah SMK Tunku Putra.
Barisan
guru-guru,
Seterusnya
rakan-rakan pelajar yang di kasihi sekalian.
Terlebih
dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana
dengan keizinannya dapat kita sama-sama berada di dalam bilik seminar ini,
dalam Program Bengkel Menjawab Sejarah SPM.Pihak majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada rakan-rakan pelajar yang dapat hadir pada hari ini.Semoga
sepanjang program ini berlangsung kita akan mendapat tips-tips matapelajaran
sejarah yang berguna bagi menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.
Bagi
memberkati majlis pada pagi Jumaat yang penuh berkat ini, majlis menjemput
saudara Ahmad Zamir Fitri bin.................................untuk memimpin
bacaan doa.
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
[bacaan
doa]
Amin...amin
ya robbal alamin
Terima
kasih di ucapkan kepada saudara Ahmad Zamir Fitri
bin............................................
atas
bacaan doa itu tadi.Semoga kita majlis pada hari ini akan mendapat rahmat dan
keberkatan.Inshallah........
Dengan
tidak membuang masa lagi, majlis menjemput En Bahtiar bin Sukkor, Guru
cemerlang Sejarah SMK Dato Ali Hj Ahmad , Pontian untuk menyampaikan ceramah
beliau.
Majlis
dengan sukacitanya mempersilakan.
[ceramah]
Penutup
Demikianlah
tadi ceramah amat menarik, yang telah disampaikan oleh En Bahtiar bin
Sukkor.Semoga segala maklumat dan panduan yang telah diberikan semasa ceramah
tadi akan dapat membantu kita untuk menjawab soalan sejarah dengan baik semasa
peperiksaan nanti. Sama-sama kita berdoa agar dapat mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran
sejarah seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah dengan keputusan yang
cemerlang.
Sebagai
tanda penghargaan dan terima kasih, majlis diteruskan dengan upacara
penyampaian cenderamata.Sehubungan itu majlis dengan sukacitanya menjemput En
Mohd Zamni bin Sairun Ketua Panitia Sejarah SMK Tunku Putra untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berbahagia En Bahtiar bin Sukkor selaku penceramah pada
hari ini.
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Dengan
penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis pada hari ini.Pihak
majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada En Bahtiar bin Sukkor
atas kesudian beliau berkongsi ilmu
dengan kita pada hari ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak
pimpinan sekolah terutamanya kepada Tn Hj Jumali bin Ahmad Pengetua SMK Tunku
Putra.Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Bengkel
Menjawab Sejarah SPM yang telah memberikan komitmen yang jitu sehingga majlis
ini dapat disempurnakan dengan jayanya.
Selaku
pemimpin majlis pada hari ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf, sekirnya sepanjang mengacarakan majlis ini terdapat salah dan silap.
Saya
akhiri majlis ini dengan lafaz
Wabillahi
taufik walhidayah
Wassalamualaikumwarahmatullahi
wabarakatuh
Subscribe to:
Posts (Atom)