PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Friday 27 May 2011

HEADCOUNT


Strategi headcount akademik memberi fokus kepada data secara diskrit
dalam melihat pencapaian dan perkembangan murid. Maklumat tersebut
dianalisis sepanjang murid berada di sesebuah sekolah supaya prestasi mata
pelajarannya dapat dikenalpasti. Pengesanan ini berkait rapat dengan usaha
meningkatkan potensi murid, pencapaian mata pelajaran dan pencapaian
sekolah secara keseluruhan.

Istilah Headcount bermaksud :“An inventory of people in a group taken by
counting individuals.”;

yakni mengenal pasti bilangan individu dalam
sesebuah kumpulan, organisasi atau institusi. Dalam konteks strategi
akademik; Headcount didefinisikan sebagai satu proses mengenal pasti
potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tahun satu hingga
tahun enam di sekolah rendah dan tingkatan satu hingga tingkatan enam di
sekolah menengah.

Berdasarkan strategi tersebut pengukuran dan penilaian dianalisis secara
terperinci dan menyeluruh dengan tujuan untuk mengesan perkembangan
potensi murid dalam penguasaan bidang akademik. Pengesanan tersebut
disusuli dengan menentukan pendekatan pengajaran yang boleh membantu
ke arah penambahbaikan pembelajaran murid.

No comments:

Post a Comment