PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Sunday, 10 May 2015

Selamat menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Berusaha melakukan yang terbaik untuk diri.
Semoga kecemerlangan akan sentiasa bersama anda.
Jangan lupa Usaha...Doa...Tawakal

Tuesday, 7 April 2015

SELAMAT BERSARA TN.HJ JUMALI

Tarikh 1 April 2015 detik bersejarah kepada Pengetua SMK Tunku Putra Tuan Hj Jumali bin Ahmad.Rasminya beliau bersara dalam perkhidmatan perguruan setelah meninggalkan detik gemilang kepada SMK Tunku Putra.Pencapaian STPM 2014 mencapai 100% kelulusan.Manakala dalam peperiksaan SPM 2014 menghasilkan 11 orang pelajar straight A.Memberikan hadiah yang cukup bermakna atas persaraan beliau.

Saya mengenali beliau sejak tahun 1987 yang lalu.Satu masa yg agak lama.Hampir 30 tahun yang lalu.Saya merupakan anak murid beliau di SMK Senggarang Batu Pahat.Memang tidak di sangka boleh bertemu semula di SMK Tunku Putra yang mana beliau menjadi pengetua dan saya sebagai gurunya.

Mengimbau zaman persekolahan memang banyak memori yang terpahat.Tn Hj Jumali merupakan guru mata pelajaran kimia.Perghhhh...kimia aku memang bungkus masa tu.Maklumlah kami antara batch awal yang mengambil subjek sains tulen.Namun Cikgu Jumali tetap tenang menangani beberapa orang pelajar dalam kelas 5 sains yang lemah subjek kimia termasuk aku. Dari form 4 sampai trial form 5 memang tak pernah lulus subjek kimia.

Hasil usaha beliau mengadakan beberapa kali(tak ingat) kelas tambahan kimia....Alhamdulillah akhirnya aku lulus dalam peperiksaan SPM.Walau pun cukup-cukup makan.Dengan keputusan yang sederhana dapatlah aku masuk Tingkatan 6 dan tukar aliran kepada sastera sebab sains memang tak boleh masuk.
Terima kasih Tuan Haji Jumali atas segala ilmu kimia yang dicurahkan.Selamat bersara, semoga senentiasa sihat sejahtera.

Saturday, 11 October 2014

BACA-BACA SEJARAH BAB 2 TINGKATAN 4

PENDIDIKAN TAMADUN CHINA

1. Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam
2. Terdapat tiga peringkat pendidikan
3. Pada peringkat rendah - mengenal dan menghafal tukisan
4. Pada peringkat menengah - karangan dan sastera
5. Pada peringkat tinggi - menterjemah buku suci
6. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap
7. Tahap pertama setaraf ijazah pertama
8. Tahap kedua setaraf sarjana
9. Tahap ketiga setaraf doktor falsafah
10. Peperiksaan aam dikendalikan dengan ketat
11. Mereka yang meniru dikenaka hukuman mati
12. Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan
13. Calon peperiksaan ditempatkan dalam bilik
14. Disediakan makanan.
15. Dikurung 3 hari untuk menulis jawapan

PENDIDIKAN TAMADUN INDIA

1. Berteraskan agama Hindu dan Buddha
2. Bermula pada zaman vedik
3. Didominasi oleh kaum lelaki
4. Wanita tiada ruang mendapat pendidikan
5. pembelajaran kitab veda
6. Pembelajaran Bahasa sanskrit
7. Menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
8. Tumpuan pada pendidikan agama
9. Kolej Brahman menyediakan pendidikan tinggi.
10. Pendidikan untuk meningkatkan ilmu sains
11. Menambah ilmu
12. Mengatasi buta huruf
13. Mendapat jawatan dalam pemerintahan

Thursday, 2 October 2014

BACA-BACA SEJARAH BAB 1 TINGKATAN 4



Maksud Istilah Tamadun

  1. Bahasa Arab mudun dan madain.
  2. Perkataa Arab madana
  3. Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar- mudun dan madain
  4. Bahasa Inggeris- civitas ialah bandar
  5. Masyarakat barat - tamadun dikaitkan dengan lahiriah seperti penulisan, undang-undang
  6. Pandangan Islam - rohaniah dan lahiriah
  7. menurut Syed naquib al-Attas - pencapaian tatasusila yang tinggi
  8. Disokong oleh Richarard Sullivan

Ciri-ciri Tamadun
1. Petempatan kekal
2. Kehidupan berorganisasi
3. Sistem pemerintahan
4. Raja menggunakan unsur magis
5. Dakwa diri wakil Tuhan
6.Wujud undang-undang
7. pengkhususan pekerjaan
8. Agama dan kepercayaan
9. Kepercayaan animisme
10. Kepercayaan Politeisme 
11. Bahasa dan tulisan 

Sumbangan Mesir Purba

1. Binaan piramid
2. Ilham Imhotep- jurutera
3. Pembinaan dengan batu bata
4. Piramid Sakkara - tertua
5. pembuatan kertas dari pokok papyrus
6. Tulisan Hieroglif
7. Sistem pendidikan
8. Untuk kanak-kanak keluarga atasan
9. Pendidikan diurus oleh rumah ibadat
10.Pendidikan sejak umur rendah
11. lahirkan pegawai kerajaan
12. lahirkan iuru tulis
13. Ilmu geometri, matematik dan sains
14. Kemahuan ilmu perubatan
15. Proses memumiakan mayat 
16. Ilmu fizik dan kimia
17. Perubatan dan pembedahan
18. Ilmu matematik digunakan untuk kawal banjir
19. membina sistem pengairan
20. penciptaan Kalendar
n

Sumbangan Hwang Ho
  1. Pemerintahan
  2. Sistem monarki 
  3. Gelaran raja ditukar maharaja 
  4. Konsep anak syurga 
  5. Mandat syurga  dikaitkan dgn raja 
  6. Kegiatan ekonomi
  7. Pembangunan pertanian 
  8.  Sistem pengairan 
  9. Terusan dibina di Szechwan 
  10. Kemajuan teknologi pembajakan 
  11. Ciptaan cangkul dan sabit 
  12.  Petani guna batas utk penanaman 
  13. Guna alat pertanian kayu dgn besi 
  14. Sistem tulisan 
  15. Diajar di sekolah di China 
  16.  Penggunaan oleh orang Korea dan Jepun 
  17. Pemujaan roh nenek moyang 
  18. Korban manusia tidak lagi diamalka 
  19. Digantikan dgn makanan, duit kertas 
  20.  Konsep Yin dan Yang 
  21. Sistem kalendar
  22. 30 hari  sebulan 
  23. 360 hari  setahun 
  24. Kepercayaan Feng Hsui





Tuesday, 19 August 2014

Bengkel Menjawab Sejarah


Tahniah kepada pelajar yang dapat menghadirkan diri walau pada hari itu hujan yang lebat. Semoga perkongsian dari En Bahtiar dapat di manfaatkan sebaik-baiknya.Terima kasih kpd pengacara majlis 'emcee' yang terpaksa bukak internet pepagi buta utk download teks emcee dari blog.Masih ada lagi teks tu kat entri di bawah. Biar kat situ jadi kenangan bahan sejarah.

Thursday, 14 August 2014

Teks Pengacara Bengkel Menjawab Sejarah SPM



Bismillahirohmanirahim..
Assalamualaikum wtb
Yang Berbahagia En Bahtiar bin Sukkor Guru Cemerlang Sejarah SMK Dato Ali Hj Ahmad , Pontian selaku penceramah undangan pada hari ini.
Yang Dihormati En Tee Tan Kue, Guru Kaunseling SMK Tunku Putra.
Yang di hormati En Mohd Zamni bin Sairun, Ketua Panitia Sejarah SMK Tunku Putra.
Barisan guru-guru,

Seterusnya rakan-rakan pelajar yang di kasihi sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan keizinannya dapat kita sama-sama berada di dalam bilik seminar ini, dalam Program Bengkel Menjawab Sejarah SPM.Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan pelajar yang dapat hadir pada hari ini.Semoga sepanjang program ini berlangsung kita akan mendapat tips-tips matapelajaran sejarah yang berguna bagi menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.

Bagi memberkati majlis pada pagi Jumaat yang penuh berkat ini, majlis menjemput saudara Ahmad Zamir Fitri bin.................................untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

[bacaan doa]

Amin...amin ya robbal alamin
Terima kasih di ucapkan kepada saudara Ahmad Zamir Fitri bin............................................
atas bacaan doa itu tadi.Semoga kita majlis pada hari ini akan mendapat rahmat dan keberkatan.Inshallah........

Dengan tidak membuang masa lagi, majlis menjemput En Bahtiar bin Sukkor, Guru cemerlang Sejarah SMK Dato Ali Hj Ahmad , Pontian untuk menyampaikan ceramah beliau.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

[ceramah]


Penutup

Demikianlah tadi ceramah amat menarik, yang telah disampaikan oleh En Bahtiar bin Sukkor.Semoga segala maklumat dan panduan yang telah diberikan semasa ceramah tadi akan dapat membantu kita untuk menjawab soalan sejarah dengan baik semasa peperiksaan nanti. Sama-sama kita berdoa agar dapat  mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran sejarah seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah dengan keputusan yang cemerlang.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata.Sehubungan itu majlis dengan sukacitanya menjemput En Mohd Zamni bin Sairun Ketua Panitia Sejarah SMK Tunku Putra untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia En Bahtiar bin Sukkor selaku penceramah pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis pada hari ini.Pihak majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada En Bahtiar bin Sukkor atas kesudian beliau  berkongsi ilmu dengan kita pada hari ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pimpinan sekolah terutamanya kepada Tn Hj Jumali bin Ahmad Pengetua SMK Tunku Putra.Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Bengkel Menjawab Sejarah SPM yang telah memberikan komitmen yang jitu sehingga majlis ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Selaku pemimpin majlis pada hari ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, sekirnya sepanjang mengacarakan majlis ini terdapat salah dan silap.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz

Wabillahi taufik walhidayah
Wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh