PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Tuesday 28 June 2011

Tajuk Tudingan Tema 10~Bab 1 ( Perkembangan Nasionalisme)

Terangkan perkembangan nasionalisme di Filipina

Tahap Pertama
F1    Gerakan dakyah
F2    Dipimpin oleh Jose Rizal
F3    Bersikap sederhana
F4    Disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan barat
F5    Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
F6    Menuntut supaya bangsa Filipina diberi hak yang sama  seperti bangsa Sepanyol
F7    Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
F8    Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892
F9    Mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
F10  Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao
F11  Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan

JOSE RIZAL


Jose Rizal dihukum tembak  di Padang Bagumbayan, Manila 











Tahap Kedua
F1     Penentangan secara radikal
F2     Bermula apabila katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
F3     Matlamat perjuangan Katipunan menyatukan bangsa Filipina
F4     Mencapai kemerdekaan melalui revolusi
F5     Alat perjuangan melalui akhbar Kalayan
F6     Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk mengulingkan pemerintahan Sepanyol
F7     Katipunan semakin lemah selepas Andres Boficafio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo
F8     Kerjasama Amerika Syarikat dan Aguinaldo telah berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina.
F9     Bermulalah penguasaan Amerika terhadap Filipina
F10   Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi tidak disahkan oleh Amerika
F11   Aguinaldo meneruskan revolusi
F12   Akhirnya Aguinaldo ditangkap
F13   Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti politik bersifat sederhana
F14   Parti Nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya
F15   Sergio Osmena mengetuai Dewan Perhimpunan
F16   1930-an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan
         setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal

  
Jelaskan Perkembangan Nasionalisme di Indonesia

Tahap Pertama
F1     Tumpuan kepada isu pendidikan
F2     Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
F3     Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan  
         kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh Belanda
F4     Pertubuhan penting dikenali sebagai Muhammadiyah
F5     Matlamat Muhammadiyah menyebarkan Islam yang sebenar, menghindari ancaman sekularisme 
         barat  dan agama Kristian
F6    Sumbangan Muhammadiyah ialah membina sekolah, klinik dan masjid

                                                               Raden Adjeng Kartini

Tahap Kedua
F1     Perjuangan parti politik radikal
H1a   Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia (PNI)
F2     Matlamatnya menuntut kemerdekaan secara kekerasan
F3     PNI pimpinan Soekarno paling popular
F4     Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat
F5     Kerajaan Belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno dan mengharamkan PNI

                                                                                           Presiden Soekarno

 Terangkan Perkembangan Nasionalisme di Thailand

Tahap Pertama
F1     Berpunca dari kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
F2     Juga penentangan terhadap raja berkuasa mutlak
F3     Perkembangan sistem pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem  
         raja berperlembagaan kepada golongan intelek di Thailand
F4     Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas 
         hati.
F5    Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi panomyong dan Field Marshall Phibul Songram 
F6    Parti rakyat melancarkan Revolusi Thai
F7    Sistem raja berkuasa mutlak tamat dan diganti dengan sistem raja berperlembagaan.

Tahap Kedua
F1     Berpunca daripada rasa tidak puashati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis(pemodal) 
         barat dan orang Cina
F2     Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri beliau meluluskan undang-undang utk menyekat 
         kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina
F3     Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan
F4     Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
F5     Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha
F6     Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas
F7     hasil daripada bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya 
         mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu
     
                                                               Raja Vajiravudh

Wednesday 22 June 2011

Tajuk Tudingan Tema 10~Bab 1

Senaraikan Ciri-Ciri Umum Birokrasi barat di Asia Tenggara

F1     Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
F2     Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
F3     Pelaksanaan pentadbiran melalui biro/jabatan
F4     Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro
F5     Pengenalan undang-undang barat

Apakah sistem pemerintahan  yang diamalkan di Filipina sebelum kedatangan Sepanyol

F1    Terdiri daripada daerah-daerah kecil
F2    Dikenali sebagai Barangay
F3    Barangay diperintah oleh golongan datu
F4    Di bahagian selatan Kepulauan Filipina wujud kerajaan-kerajaan Islam

Apakah tugas Encomiendero di Filipina

F1     Menjaga keamanan
F2     Mengutip cukai
F3     Mengkristiankan penduduk tempatan     


Nyatakan perubahan pentadbiran semasa penjajahan Sepanyol di Filipina

F1     Sepanyol memperkenalkan Sistem pentadbiran berpusat
F2     Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi
F3     Pentadbiran wilayah di ketuai oleh Ketua Datuk Bandar
F4     Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
F5     Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda yang diketuai oleh
         Encomiendero
F6     Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi
F7     Sistem ini juga mengenakan kerahan tenaga kepada mereka
F8     Encomienda merupakan penyatuan Barangay. Ini telah menyebabkan kemerosotan sistem
         pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu

 Nyatakan perubahan yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem pemerintahan di Indonesia

F1     Belanda memperkenalkan pentadbiran pusat
F2     Diketuai oleh Gabenor Jeneral
F3     Pentadbiran tempatan
F4     Dikendalikan oleh pembesar tempatan
F5     Pengawasan oleh pegawai Belanda
F6     Penubuhan Jabatan Pelajaran
F7     Jabatan Pertanian
F8     Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan
F9     Penubuhan Volskraad yang merupakan Majlis Rakyat 
F10   Ditubuhkan hasil desakan Sarekat Islam
F11   Penubuhannya dianggap sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan

Perubahan Sistem Politik di Burma

F1     Kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III membolehkan British menguasai Burma
F2     Dinasti Konbaung berakhir
F3     Institusi raja tersingkir
F4     Jawatan pembesar tradisional pd peringkat pusat terhapus
F5     Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma
F6     Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887
F7     Akta Perkampungan Burma 1889
F8     Akta-akta ini melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional
F9     Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran)
F10   Sistem undang-undang barat diperkenalkan
F11   Pengaruh golongan agama merosot
F12   Fungsi raja sebagai penaung sami Buddha diambilalih oleh undang-undang barat
F13   Majlis Perundangan diperkenalkan
F14   Beberapa jabatan diperkenalkan spt jabatan perhutanan, kesihatan, dan jabatan pelajaran 

Perubahan Politik di Thailand

F1     Birokrasi barat telah diperkenalkan sendiri oleh raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn
F2     Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan
F3     Beliau turut melatih pegawai-pegawai tempatan
F4     Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis di bawa dari Britain
F5     Penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika Syarikat dan Perancis.
F6     Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan 
         Kabinet Menteri
F7     Juruaudit dibawa dari Britain
F8     Muncul golongan baru  terdiri daripada pentadbir yg mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden
F9     Tahun 1932 sistem raja berperlembagaan diperkenalkan bagi mengantikan sistem raja berkuasa mutlak.
F10   Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja
F11   Pemodenan pentadbiran yg dilakukan merupakan faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan 
         Thailand. 

Thursday 16 June 2011

SEJARAH & FILEM

Sukarnya pelajar untuk memahami sejarah kerana semuanya adalah merupakan peristiwa lalu. Guru pula mempunyai sedikit kesukaran untuk menjelaskan beberapa perkara kerana kekurangan audio visual untuk memberi gambaran apa yang berlaku pada masa lampau.

Namun ada juga usaha-usaha yang dilakukan oleh golongan pengiat seni untuk mengangkat sejarah sebagai subjek dalam pembikinan filem mereka. Daripada pengamatan saya, filem yg diterbitkan itu bukanlah 100 peratus fakta. Ini mungkin disebabkan golongan pengiat filem adalah golongan peniaga. Mereka mahu keuntungan dalam perniagaan. Oleh yang demikian unsur-unsur komersial diperlukan untuk melariskan filem yang diterbitkan.Contoh pelakon lelaki yang kacak dan pelakon wanita yang jelita. Disamping sedikit tokok tambah sebagi perencah.Ditambah dengan kecanggihan CGI untuk membentuk imej-imej masa lampau agar kelihatan lebih realistik.

Namun demikian, mungkin begitulah sedikit gambaran yang berlaku pada masa lalu. Terdapat juga beberapa elemen yang ada sangkut pautnya dengan sejarah. Di sini saya cuba berkongsi beberapa buah filem yang ada menerapkan unsur-unsur sejarah.Filem-filem ni pun boleh di download daripada internet.



Merong Mahawangsa


Filem arahan Yusri Abdul Halim (Yusri KRU) memaparkan sejarah Kedah Tua. Mempunyai kaitan dengan Kerajaan Langkasuka. Form 4, bab 3 menerangkan Kedah Tua dan Langkasuka merupakan kerajaan maritim. dalam filem ni ada paparan kapal, jong, sampan, kolek, perahu ( apa bezanya ?)
Watak Hero dipegang oleh Stephen Rahman Hughes. Wajah Pan-Asian (kacukan), dah tententu kacak...Muka Jawa tak main kot...



Filem Asoka lakonan Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor. Kaum Hawa mesti kenal dengan SRK ni...ada yg nangis masa tengok filem lakonan dia dalam 3K1G  (Kabhi Kushi Kabhi Gham).
Form 4, Bab 2 ada fakta tentang Asoka dari Dinasti Maurya. Kehebatannya meluaskan empayar Maurya. Memaparkan Perang Kalinga. Kenalkan undang-undang, ada Tiang Asoka. Pernah terjadi kontroversi kepada masyarakat Islam di India...SRK ni katanya org Muslim tapi pegang watak Asoka. Sebenarnya Asoka ni pun menyebarkan agama Buddha. Wallahualam....


Filem Anna and the King. Lakonan Chow Yun Fatt dan Jodie Foster. Sejarah Form 5 Bab 1 berkaitan Sejarah Thailand. Kisah Pn Anna Leonowens pengasuh kepada anak-anak Raja Mongkut. Mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak raja yang ramaiiiiiiiiii.......termasuk raja Chulalongkorn. Filem ni pernah mendapat bantahan segelintir masyarakat Thai. Dikatakan menghina institusi raja Thai. masyarakat Thai masih memandang tinggi institusi raja. Masih berpegang kepada konsep Devaraja yg diwarisi sejak turun temurun.



Filem Gladiator lakonan Russel Crow. Dia ni orang Australia tapi mencipta nama di Hollywood. Ada sedikit tentang sejarah Rom. Ada bangunan Colloseum tempat pahlawan Rom bertarung. Ada Aqueduct tempat saliran alir dari gunung ke kawasan petempatan.
Saya pernah dengar ungkapan.." Rome was not built in one day "...fikir-fikirkan !!

Wednesday 15 June 2011

Tajuk Tudingan Tema 9~Bab 10 (Cara Kdtgn Buruh India)

Terangkan Cara kedatangan Buruh dari India

F1     Melalui Sistem Buruh Bebas/Merdeka
H1a   Datang sendiri dengan biaya masing-masing
H1b   Kedatangan mereka diaturkan oleh orang/kumpulan tertentu
H1c   Mereka bebas memilih tempat bekerja

F2     Sistem Kontrak
H2a   Perjanjian dibuat oleh buruh dari India dengan majikan di Tanah Melayu
H2b   Buruh akan bekerja dengan majikan dlm tempoh tertentu (1-3 tahun)
H2c   Bayaran paling minimum ( 9-13 sen sehari)
H2d   Akibatnya wujud penindasan
H2e   Sistem ini pernah disifatkan sebagai perhambaan yang tidak ketara

F3     Sistem Kangani
H3a   Diperkenalkan dgn berkuatkuasanya Undang-Undang Tabung Imigresen India
H3b   Kangani bermaksud ketua, tandil atau mandur
H3c   Seseorang kangani yg diberi kepercayaan majikan di hantar ke India utk mencari buruh
H3d   Kangani di beri wang pendahuluan
H3e   Kesannya kangani berlagak seperti pengurus agensi
H3f   1938, Sistem ini diharamkan kerana wujud penyelewengan oleh Kangani itu sendiri


Friday 10 June 2011

Tajuk Tudingan Tema 9~Bab 10

TERANGKAN CARA KEMASUKAN BURUH DARI CHINA KE TANAH MELAYU


F1      Melalui Sistem Tiket Kredit
H1a    Bakal imigran ke Tanah Melayu dikumpulkan dari negara China oleh Kheh Thau (ketua)
H1b    Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang di bawa
H1c    Bakal-bakal imigran ini dikenali sebagai sin kheh
H1d    Sin Kheh perlu membuat perjanjian lisan atau bertulis  untuk menjelaskan hutang mereka
           dengan cara bekerja dengan majikan dalam tempoh tertentu
H1e    Apabila Sin Kheh sampai dipelabuhan, mereka akan di ambil oleh pemborong buruh
           yang akan bertindak sebagai orang tengah

F2      Melalui Sistem Pengambilan Kakitangan
H2a    Majikan akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh
H2b    Segala tambang dan perbelanjaan buruh dibiayai oleh majikan
H2c    Pegawai yang dihantar bertanggungjawab mengiringi buruh sehingga sampai kepada majikan

F3      Melalui Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
H3a    Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai dari negara China yang dilantik oleh sebuah
           rumah kongsi
H3b    Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh sehingga mereka
           sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu
H3c    Apabila buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh akan
          di bayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya

Wednesday 1 June 2011

Tajuk Tudingan Tema 9 ~ Bab 9 (Reformation, Rev. Pertanian dan Rev. Perindustrian)

Maksud Reformation

F1     Berasal dari perkataan reform
F2     Bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan
F3     Untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik
F4     Membentuk sesuatu yang baru
F5     Berkait dengan agama Kristian


Tokoh Reformation

F1     Martin Luther
F2     Huldreich Zwingli
F3     John Calvin

Nyatakan punca-punca berlakunya Reformation di Eropah.


F1        Kritikan terhadap Gereja Katolik
F2        Kritikan timbul kerana pihak gereja meningkatkan usaha pembangunan keduniaan
untuk menjadikan Rom pusat kekuasaan
F3        Banyak kepincangan, rasuah dan penyelewengan berlaku dalam institusi gereja
F4        Ramai orang mempersoalkan kedudukan dan amalan gereja katolik
F5        Cara hidup pihak gereja tidak selari dengan apa yang dianjurkan oleh kitab Bible
F6        Golongan Penguasa gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para
            Pemerintah dan bangsawan
F7        Gaya hidup mereka tidak mencerminkan kehidupan keagamaan
F8        Penyelewengan yang tidak disenangi ialah penjualan sijil Indulgences
F9        Sijil Indulgences ialah  surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah
             Melakukan dosa

Berikan faktor-faktor kejayaan Reformation

F1        Penciptaan mesin pencetak oleh Johann Gutenberg
F2        Ini membolehkan Bible dihasilkan dalam masa yang singkat
F3        Peranan Martin Luther
F4        Beliau menentang amalan Indulgences
F5        Beliau percaya manusia seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya
F6        Pendirian beliau dikenali sebagai mazhab Protestant
F7        Fahaman ini menentang kedudukan Gereja dan institusi paderi
F8        Kewujudan mazhab Protestant menandakan bermulanya Zaman Reformation
F9        Mazhab Peotestant berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England

Apakah Kesan-Kesan Reformation

F1        Perbalahan agama yang telah menyebabkan peperangan
F2        Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
F3        Contohnya Perang keagamaan di Perancis
F4        Perang 30 tahun melibatkan Sepanyol, Jerman, dDenmark dan Sweden
F5        Masyarakat Eropah tidak dikuasai oleh satu mazhab sahaja
F6        Timbul sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian
F7        Kuasa gereja telah dicabar secara terbuka
F8        Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki berkurang
F9        Monarki ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom
F10      Contoh: Raja Henry VIII memutuskan hubungan England dengan Gereja
            Roman katolik di Rom kerana ingin berkahwin dengan Anne Boleyn



a) Jelaskan perkaitan antara revolusi pertanian dengan revolusi perindustrian
F1        Melahirkan peladang yang kaya
F2        Menyediakan modal untuk perindustrian
F3        Peladang sanggup mengambil risiko dengan melabur dalam bidang
yang belum pasti menguntungkan
F4        Menyediakan keperluan makanan pekerja kilang
F5        Britain tidak lagi bergantung kepada makanan import
F6        Dana digunakan untuk memajukan industri dalam negara
F7        Menyediakan asas pencetusan Revolusi Perindusterian


b) Terangkan kesan-kesan revolusi pertanian dan revolusi Perindustrian kepada  
     masyarakat Eropah

F1        Kemajuan/Peningkatan Pertanian
H1a     Kegiatan pertania dikomersialkan
H1b     Pertanian menjadi punca ekonomi negara
H1c     Lebihan produk pertanian dieksport
H1d     Menyediakan makanan yang cukup untuk pekerja
H1e     menyediakan modal untuk perindusterian

F2        Kemajuan/peningkatan dalam perindusterian
H2a     Ramai rakyat terlibat sebagai buruh/pekerja industri
H2b     Perindusterian menjadi punca ekonomi baru dan penting kepada rakyat
H2c     Kedudukan tuan tanah digantikan oleh penguasaha/pemilik kilang

F3        Peningkatan perdagangan antarabangsa
H3a     Lebihan produk pertanian dan perindusterian tidak dapat dipasarkan semuanya dalam negara
H3b     Produk didagangkan pada peringkat antarabangsa
H3c     bahan mentah yang banyak dan berterusan diperlukan
H3d     Modal dieksport ke seberang laut untuk kegiatan ekonomi

F4        Kemajuan bidang pengangkutan
H4a     Penciptaan keretapi
H4b     Enjin berkuasa wap memaju lebih banyak gerabak dan lebih maju
H4c     Pengangkutan laut direvolusikan oleh kapal berkuasa wap

F5        Kemunculan golongan buruh dan majikan        
H5a     Kemunculan ekonomi berskala besar/komersial
H5b     Muncul ladang dan buruh kilang
H5c     Kilang tekstil paling banyak pada peringkat awal revolusi perindusterian
H5d     Peringkat awal buruh tidak mendapat layanan sewajarnya
H5e     penciptaan mesin memberikan saingan kepada pekerja mahir dalam penenunan
H5f      Sebahagian pekerja memprotes penggunaan mesin/Pergerakan Luddite

F6        Akta Antipenggabungan (Anti-Combination Act)
H6a     melarang penggabungan pekerja dan menjaga kebajikan mereka
H6b     Akta ini menyulitkan pekerja
H6c     kanak-kanak berusia 10 tahun dieksploit di kilang tekstil dan lombong arang batu
H6d     masa bekerja 10 jam sehari
H6e     majikan amat terpengaruh dengan falsafah ekonomi bebas
H6f      Pemansuhan Akta Antipenggabungan membenarkan pekerja menubuhkan Kesatuan
H6g     Diikuti dengan pelbagai akta untuk membela pekerja/Akta Lombong/Akta 10 jam/Akta Kilang 1833

 

Tajuk Tudingan Tema 8~Bab 5 (Piagam Madinah)


BERIKAN ISI KANDUNGAN PIAGAM MADINAH

F1   Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua negara di Madinah
F2   Baginda sebagai ketua hakim
F3   Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat
F4   masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing
F5   Bebas mengamalkan adat mereka selagi tidak bercanggah dengan agama Islam
F6   Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah
F7   Mereka tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
F8   Undang-Undang Islam diguna secara menyeluruh
F9   Peraturan kekeluargaan boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dgn Islam
F10 Masyarakat Madinah bekerjasama memajukan ekonomi
F11 Unsur penipuan dan riba dihapuskan
F12 Semua masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah
F13 Keselamatan org Yahudi terjamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah
F14 Org Yahudi mempunyai hak yang sama dengan masyarakat lain utk menikmati keselamatan dan 
       kebebasan

TERANGKAN KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH

F1    Perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia
F2    Menunjukkan pandangan luas Nabi Muhammad s.a.w
F3    Perpaduan dan persefahaman dapat diwujudkan
F4    Unsur-unsur Islam boleh dipraktikkan dalam masyarakat majmuk
F5    Menunjukkan kepintaran Nabi Muhammad s.a.w mengatur pemerintahan
F6    Menegakkan keadilan ekonomi
H6a  Amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan dilarang
H6b  Sifat timbang rasa dan amalan bersedekah digalakkan
F7    Masyarakat baru berasaskan ummah iaitu masyarakat yang hidup bersatu padu
        dan aman
F8    Menegakkan keadilan sosial
H8a  Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama
H8b  Persamaan hak dan persaudaraan Islam
F9    Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil
F10   Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi
H10a  Baginda menyusun perlembagaan negara dahulu sblm mengasaskan kerajaaan
H10b Masyarakat Madinah diikat terlebih dahulu dengan perjanjian yg lengkap
F11    Piagam ini berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik
H11a Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang digariskan
H11b Semua bangsa mempunyai hak dalam negara Madinah
F12    Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar