PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Thursday 16 June 2011

SEJARAH & FILEM

Sukarnya pelajar untuk memahami sejarah kerana semuanya adalah merupakan peristiwa lalu. Guru pula mempunyai sedikit kesukaran untuk menjelaskan beberapa perkara kerana kekurangan audio visual untuk memberi gambaran apa yang berlaku pada masa lampau.

Namun ada juga usaha-usaha yang dilakukan oleh golongan pengiat seni untuk mengangkat sejarah sebagai subjek dalam pembikinan filem mereka. Daripada pengamatan saya, filem yg diterbitkan itu bukanlah 100 peratus fakta. Ini mungkin disebabkan golongan pengiat filem adalah golongan peniaga. Mereka mahu keuntungan dalam perniagaan. Oleh yang demikian unsur-unsur komersial diperlukan untuk melariskan filem yang diterbitkan.Contoh pelakon lelaki yang kacak dan pelakon wanita yang jelita. Disamping sedikit tokok tambah sebagi perencah.Ditambah dengan kecanggihan CGI untuk membentuk imej-imej masa lampau agar kelihatan lebih realistik.

Namun demikian, mungkin begitulah sedikit gambaran yang berlaku pada masa lalu. Terdapat juga beberapa elemen yang ada sangkut pautnya dengan sejarah. Di sini saya cuba berkongsi beberapa buah filem yang ada menerapkan unsur-unsur sejarah.Filem-filem ni pun boleh di download daripada internet.



Merong Mahawangsa


Filem arahan Yusri Abdul Halim (Yusri KRU) memaparkan sejarah Kedah Tua. Mempunyai kaitan dengan Kerajaan Langkasuka. Form 4, bab 3 menerangkan Kedah Tua dan Langkasuka merupakan kerajaan maritim. dalam filem ni ada paparan kapal, jong, sampan, kolek, perahu ( apa bezanya ?)
Watak Hero dipegang oleh Stephen Rahman Hughes. Wajah Pan-Asian (kacukan), dah tententu kacak...Muka Jawa tak main kot...



Filem Asoka lakonan Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor. Kaum Hawa mesti kenal dengan SRK ni...ada yg nangis masa tengok filem lakonan dia dalam 3K1G  (Kabhi Kushi Kabhi Gham).
Form 4, Bab 2 ada fakta tentang Asoka dari Dinasti Maurya. Kehebatannya meluaskan empayar Maurya. Memaparkan Perang Kalinga. Kenalkan undang-undang, ada Tiang Asoka. Pernah terjadi kontroversi kepada masyarakat Islam di India...SRK ni katanya org Muslim tapi pegang watak Asoka. Sebenarnya Asoka ni pun menyebarkan agama Buddha. Wallahualam....


Filem Anna and the King. Lakonan Chow Yun Fatt dan Jodie Foster. Sejarah Form 5 Bab 1 berkaitan Sejarah Thailand. Kisah Pn Anna Leonowens pengasuh kepada anak-anak Raja Mongkut. Mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak raja yang ramaiiiiiiiiii.......termasuk raja Chulalongkorn. Filem ni pernah mendapat bantahan segelintir masyarakat Thai. Dikatakan menghina institusi raja Thai. masyarakat Thai masih memandang tinggi institusi raja. Masih berpegang kepada konsep Devaraja yg diwarisi sejak turun temurun.



Filem Gladiator lakonan Russel Crow. Dia ni orang Australia tapi mencipta nama di Hollywood. Ada sedikit tentang sejarah Rom. Ada bangunan Colloseum tempat pahlawan Rom bertarung. Ada Aqueduct tempat saliran alir dari gunung ke kawasan petempatan.
Saya pernah dengar ungkapan.." Rome was not built in one day "...fikir-fikirkan !!

No comments:

Post a Comment