PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Wednesday 27 July 2011

Tajuk Tudingan Tema 11~Bab 4 ( MALAYAN UNION )


HURAIKAN SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION

F1      Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri 
H1a    British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah 
          membentuk pemerintahan sendiri.

F2      Melahirkan Pentadbiran yg licin 
H2a    British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin. 
H2b   Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi cara 
          pentadbiran.

F3     Menjimatkan kos pentadbiran 
H3a   Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah 
          menyulitkan petadbiran. 
H3b   Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar. 
H3c    Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.

F4     Membentuk Bangsa Malayan Union. 
H4a   British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan 
          negara asal dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union. 
H4b   Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah 
         Melayu tidak terbantut.

F5      Mengawal kuasa politik orang Melayu. 
H5a    British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan yg 
          berterusan  terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu. 
H5b   Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

BERIKAN CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION

F1   Penyatuan Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu an Negeri Selat.
F2   Perlantikan seorang gabenor British oleh Ratu England yg akan mengetuai Malayan Union.
F3   Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union.
F4   Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
F5   Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli
F6   raja-raja Melayu menjadi ahli majlis raja-raja melayu
F7   Raja-raja melayu membincangkan soal agama dan adat istiadat melayu
F8   seorang pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir


MENGAPAKAH ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION 
F1    Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu. 
      H1a   Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union.
C1a  Cth. Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah.
F2a   Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union.
H2a   Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
H2b   Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.
H2c   Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.
H2d   Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.
F3    Pemberian kerakyatan yg longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu.
H3a   Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
H3b  Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan 
               Melayu seperti  Kesultanan Melayu Melaka.
H3c   Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama.
 

DATO' ONN JA'AFAR
BANTAHAN MALAYAN UNION





CARA-CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.

F1       Bantahan melalui akhbar-akgbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta.
H1a    Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan   
           tandatangan Raja-raja Melayu.
H1b    Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.

F2       Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union.
H2a    Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.

F3       3 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan
           United Malays Organization ( U.M.O ).
H3a    Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru
           Kuala Lumpur.
H3b    Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu.
H3c    Kongres ini setuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau
           Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
H3d    Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah
           perisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.

F4      Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan
           mereka kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William.
H4a    Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan
                      bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut

KELAB SULTAN SULAIMAN KG. BARU ~ TEMPAT BERLANGSUNGNYA
KONGRES MELAYU

No comments:

Post a Comment