PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Saturday 6 August 2011

KBKK Tema 7~Bab 3 (Kerajaan Awal Asia Tenggara)

1. Pada pandangan anda apakah pengajaran yang boleh diambil iktibar daripada kemajuan-kemajuan yang
    dicapai oleh Kerajaan Awal di Asia Tenggara.

F1     Kegigihan masyarakat dalam memajukan ekonomi
F2     Pemerintah yang bijaksana untuk meningkatkan ekonomi
F3     Semangat ingin meneroka kawasan baru
F4     Menguasai pelbagai bidang kemahiran
F5     Memajukan diri dengan ilmu pengetahuan
F6     Membuat inovasi dalam bidang ilmu pengetahuan seperti menghasilkan karya berbentuk ilmiah
F7     Berhubung dengan negara-negara luar dalam perkongsian pintar cth teknologi, senibina
F8     Menghormati para pemimpin negara dengan mematuhi peraturan dan undang-undang
F9     Menjalinkan hubungan dua hala dalam memajukan ekonomi negara
F10   Memaksimumkan sumber yang ada untuk membangunkan negara

Mana-Mana jawapan yang munasabah

KBKK Tema 7~Bab 2 (Peningkatan Tamadun)

1. Pada pendapat anda bagaimanakah kegemilangan Tamadun China dan Tamadun India dapat dijadikan
    contoh untuk memajukan negara kita agar setanding dengan negara-negara maju yang lain.

F1     Membuat transformasi pendidikan
F2     Melicinkan jentera pentadbiran kerajaan
F3    Memajukan bidang pertanian dengan inovasi  baru dalam bidang pertanian
F4    Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan melalui kaedah kajian saintifik
F5    Meningkatkan taraf hidup rakyat
F6    Menitikberatkan bidang sains dan teknologi
F7    Meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi
F8    Melahirkan ramai golongan profesional dalam pelbagai bidang

Mana-mana jawpan yang munasabah

Friday 5 August 2011

KBKK Tema 7~Bab 1 (Kemunculan Tamadun Awal Manusia)

1. Apakah yang boleh diambil iktibar daripada kejayaan Tamadun Indus membina kota dan bandar

F1     Mempunyai organisasi tersusun
F2     Pemerintahan yang stabil
F3     Rakyat mempunyai kemahiran dalam aspek pembinaan
F4     Mempunyai inovasi utk meningkatkan mutu bahan binaan
F5     Mempunyai sifat keterbukaan berhubungan dengan dunia luar untuk mempelajari kepakaran

Mana-mana jawapan yang munasabah


2. Apakah yang boleh diambil iktibar daripada kejayaan Tamadun Hwang Ho dalam memajukan bidang
    pertanian

F1     Mempunyai kemahiran membina sistem pengairan
F2     Mempunyai inovasi mencipta alatan pertanian
F3     Kebijaksanaan pemerintah mengarahkan pembinaan terusan/sistem pengairan
F4     Mencipta sistem kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai
F5     Semangat kegigihan dan rajin berusaha

Mana-mana jawapan yang munasabah

Bak kata Tag Line Nabil Raja Lawak ~ Lu Pikirlah Sendiri....

SOALAN KBKK ( Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis)

Pengenalan

1. Soalan KBKK diperkenalkan mulai SPM 2006.
2. Pd hemat saya, tujuan soalan ini ialah untuk membantu pelajar mendapat markah.
3. Disamping untuk mengaitkan dan merelevankan apa yang dipelajari di dalam kelas dalam situasi semasa
     supaya pelajar faham sejarah itu hidup.
4. Soalan KBKK hanya pada Kertas 2 Bhg. A dan B.
5. Bagi soalan struktur biasanya pada soalan pecahan (d) atau (e)
6. Manakala soalan esei biasanya pada soalan pecahan (c).

Contoh Soalan KBKK SPM 2010

Soalan Struktur

1(d) Sejarah telah membuktikan betapa pentingnya sungai dalam kehidupan manusia.
        Bagaimanakah kita seharusnya memelihara sungai supaya keselesaan manusia terjamin.
        i) ..............................................................................................
       ii)...............................................................................................
       iii)..............................................................................................
                                                                                            ( 3 markah~banyak tu)

- Sedihlah bila soalan camni pelajar pun xleh nak jawab.
- SPM 2010 bila saya kira , untuk soalan KBKK sahaja ada 33 markah.
- Sangat tidak logik boleh gagal sejarah..hehe..

Soalan esei

9 (c) Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda dapat menjayakan usaha kerajaan untuk menghadapi
        cabaran globalisasi ?
                                                                                                    ( 6 markah~ish..ish..byk tu !)
         ..................................................................................................................................................
         .................................................................................................................................................
         ................................................................................................................................................
        Soalan tanya peranan anda. Nak senang... mulakan  jawpan dengan..
         Saya akan...bla.. bla ( X 6 )

        Kadang pelajar silap pakai ganti nama ( kesian cikgu yg ajar BM)
        Kita hendaklah.....salah tu  bhai...
                     @
       PELAJAR hendaklah.....pun salah.......

Walaupun demikian ada juga soalan KBKK yg mengelirukan pelajar jika tidak berhati2.
Contohnya soalan Esei No. 6 (c) SPM 2008.

6(c) Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri kehidupan Arab jahiliah menghalang pembentukan masyarakat  
       bermoral ? 
                                                                                                        (6 markah)
Jika pelajar hanya tulis semula ciri-ciri jahiliah seperti :-
- merompak
- berzina
- minum arak
- bunuh bayi perempuan
- amal riba
- etc

X diterima kerana tidak menjawab soalan. 
Isi tersebut boleh digunakan tetapi perlu dikembangkan lagi.

Cth jawapan:
- pengamalan ciri-ciri Arab jahiliah seperti merompak menghalang pembentukan masyarakat bermoral kerana 
   perbuatan merompak adalah menyalahi undang-undang.
- Perbuatan berzina juga menghalang pembentukan masyarakat bermoral kerana orang yg melakukan zina 
   adalah berdosa besar dan akan dipandang hina oleh masyarakat sepanjang hidupnya.
- Perbuatan minum arak juga aktiviti yang tidak bermoral kerana........................................................... 
   ........................................................................................................................................................

Sentiasa Ingat !! Walaupun mudah...Fahami kehendak soalan.