PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Monday 25 July 2011

Tajuk Tudingan Tema 11~Bab 3 (Sistem Jemaah Menteri Kelantan, Undang-Undang Tubuh Terengganu,Prinsip Demokrasi Negeri Sembilan)


SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

1. Latar belakang
  • Sistem jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836).
  • Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kelantan.
  • Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.

2. Struktur Sistem Jemaah menteri Kelantan.

  •  Jemaah Penasihat Raja – Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
  •  Jemaah Menteri Istana – Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
  • Jemaah Menteri Keadilan dan kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
  • Jemaah Menteri Dalam Negeri – Menjaga keamanan Negeri.
  •  Jemaah Menteri Luar – Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
  •  Jemaah Menteri Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
  • Jemaah Menteri Peperangan – Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
  • Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.
ISTANA BALAI BESAR KELANTAN


UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU

1. Latar Belakang
  • Pada 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
  • Dikenali juga sbg Ittiqan-Il muluk bi-tadil il-suluk bermaksud keyakinan kepada pemerintah yg berdasarkan keadilan.
  • Tujuan – untuk menghalang British yg sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.

2. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan
    Terengganu.
  • Pemerintahan beraja bercorak raja berperlembagaan.
  • Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam.
  • Berbangsa Melayu.
  •  Lelaki.
  • Merupakan waris Sultan yg memerintah Terengganu.

3. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
    dan Jemaah Menteri.

4. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan
    mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu,
    rakyat Terengganu serta mengaku taat setia
    kepada sultan dan kerajaan.

5. Majlis Mesyuarat kerajaan diketuai oleh Menteri
    Besar yg dilantik oleh Sultan.

6. Jemaah menteri berhak memilih Naib Menteri
    Besar setelah diperkenankan oleh Sultan.

7. Ahli Mesyaurat kerajaan bertanggungjawab
    membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk
    mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan
    peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, 
    menjaga keamanan negeri dan menjalinkan
    hubungan dengan negeri lain.

8. Waris sultan atau menteri dilarang mengkhianati
    pemerintah negeri dan ditegah menyerahkan
    negeri kepada kuasa lain.

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU MENGANDUNGI FASAL BERIKUT
  • Perlantikan Raja
  •  Syarat menjadi Raja
  • Waris takhta
  • Tertib Raja
  • Zuriat Sultan
  • Raja yang belum cukup umur.
  • Tegahan kepada raja 
  • Sara hidup kerabat iraja
  • Menteri
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
  • Tanggungjawab pembesar
  •  Kedudukan Agama Islam
  • Ketaatan kepada pemerintah
  • Kesalahan khianat kepada negeri
  • Pemilihan Menteri Besar dan Naib Menteri Besa
  • Kepentingan dan agenda mesyuarat kerajaan
  • Mengadakan perjanjian
  •  Hubungan kerajaan denga kerajaan lain.

NEGERI SEMBILAN – PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN.

1. Latar Belakang
  • Negeri Sembilan teriri drpd  9 buah negeri iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.
  • Paa abad ke 18, Negeri Sembilan mempunyai rajanya sendiri iaitu Raja Melewar dengan gelaran Yamtuan Besar.
  • Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yg bentuknya mirip persekutuan sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  • Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berasarkan Adat Pepatih iaitu kedaulatan berada ditangan rakyat.
  • Mengikut hieraki Adat Pepatih, perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yg kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.

UNSUR DEMOKRASI DLM SISTEM PEMILIHAN PEMIMPIN DI NEGERI SEMBILAN.
  • Negeri Sembilan dibahagikan kepada 4 daerah atau jajahan yang disebut luak.
  • Empat luak utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol.
  • Ketua setiap luak ialah Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
  • Undang dipertanggungjawabkan melantik Yang Dipertuan Besar.
  • Lembaga pula dipilih oleh Buapak.
  • Lembaga merupakan ketua suku dan bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
  • Buapak merupakan Ketua Perut.
  • Setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.
  • Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya yg berkaitan dgn adat.
  • Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa kepada indiviu mengikut peringkat.
RUMAH MINANGKABAU







6 comments: