PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Tuesday 7 April 2015

SELAMAT BERSARA TN.HJ JUMALI

Tarikh 1 April 2015 detik bersejarah kepada Pengetua SMK Tunku Putra Tuan Hj Jumali bin Ahmad.Rasminya beliau bersara dalam perkhidmatan perguruan setelah meninggalkan detik gemilang kepada SMK Tunku Putra.Pencapaian STPM 2014 mencapai 100% kelulusan.Manakala dalam peperiksaan SPM 2014 menghasilkan 11 orang pelajar straight A.Memberikan hadiah yang cukup bermakna atas persaraan beliau.

Saya mengenali beliau sejak tahun 1987 yang lalu.Satu masa yg agak lama.Hampir 30 tahun yang lalu.Saya merupakan anak murid beliau di SMK Senggarang Batu Pahat.Memang tidak di sangka boleh bertemu semula di SMK Tunku Putra yang mana beliau menjadi pengetua dan saya sebagai gurunya.

Mengimbau zaman persekolahan memang banyak memori yang terpahat.Tn Hj Jumali merupakan guru mata pelajaran kimia.Perghhhh...kimia aku memang bungkus masa tu.Maklumlah kami antara batch awal yang mengambil subjek sains tulen.Namun Cikgu Jumali tetap tenang menangani beberapa orang pelajar dalam kelas 5 sains yang lemah subjek kimia termasuk aku. Dari form 4 sampai trial form 5 memang tak pernah lulus subjek kimia.

Hasil usaha beliau mengadakan beberapa kali(tak ingat) kelas tambahan kimia....Alhamdulillah akhirnya aku lulus dalam peperiksaan SPM.Walau pun cukup-cukup makan.Dengan keputusan yang sederhana dapatlah aku masuk Tingkatan 6 dan tukar aliran kepada sastera sebab sains memang tak boleh masuk.
Terima kasih Tuan Haji Jumali atas segala ilmu kimia yang dicurahkan.Selamat bersara, semoga senentiasa sihat sejahtera.