PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Tuesday 7 August 2012

Eviden PBS Sejarah Tg. 1 Bab 1- Bab 10

Eviden PBS Tingkatan 1 ini adalah hasil perbengkelan guru-guru sejarah daerah Mersing.Semoga ianya dapat dimanfaatkan.


Contoh Eviden PBS Sejarah Tingkatan 1

Saturday 10 March 2012

Asal Usul nama Mersing

Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.


Perkampungan Nelayan di Mersing

Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya.
Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.

Mersing meniti pembangunan
Kini Mersing telah banyak berubah.Sektor pelancongan telah mengubah landskap sosial dan budaya masyarakatnya.Kehadiran pelancong asing hampir saban hari telah menjadikan Mersing sebagai salah satu destinasi pelancongan yang tercatat dalam diari golongan wisata.Pulau-pulau disekitar Mersing spt Pulau Tioman, Pulau Besar, Pualu Sibu dan Pulau Pemanggil masih belum lagi tercemar dan kehidupan dasar lautnya begitu indah untuk dinikmati terutananya bagi pengemar sukan scuba.Saya sendiri secara jujurnya belum berkesempatan merasainya sendiri syurga laut yang dimaksudkan walaupun saya sememangnya berada di daerah ini.Inshallah....



Bangunan-bangunan baru di tepian Sungai Mersing

Tuesday 28 February 2012

Mesyuarat PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)

Dari 27/2-1/3 saya menghadiri Mesyuarat PBS Penataran Sejarah Tingkatan 1, bertempat di Hotel Katerina Batu Pahat. Antara perserta adalah dari Zon Selatan meliputi Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.Subjek yang terlibat ialah Sejarah, Geografi, Sains, Matematik dan PJK.

Mulanya rasa susah juga nak memahami PBS .Lebih2 lagi sblm ni pernah dengar daripada subjek lain yang PBS ni membebankan dan banyak benda yang kena buat.Sebenarnya PBS ini secara tidak sedar telah pun guru-guru jalankan di dalam kelas.Cuma ada penambahbaikan dari segi dokumentasi atau rekod.Kalau sebelumnya kita menyoal pelajar dan pelajar dapat menjawab .Kita simpulkan pelajar sudah menguasai pelajaran. Dalam PBS ada sedikit penambah baikan yang mana kebolehan pelajar menguasai sesuatu tajuk/konsep/istilah dicatatkan/direkod.

Yang menariknya dalam mesyuarat ini semasa LDP di kendalikan oleh Pn. Masariah Mispari seorang JUK Sejarah. Orang sejarah mesti kenal dengan dia ni. Seorang Sifu Sejarah, GC Sejarah .Orangnya mesra dan dan sedia berkongsi ilmu.Setiap permasalahan diperjelaskan satu persatu.

Banyak lagi yang saya perlu belajar tentang PBS ni...
Harap2 bila balik ke Mersing saya dapat sampaikan dengan baik.

Saturday 11 February 2012

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Tenggaroh A diharap dapat memanfaatkan nota yang cikgu paparkan dalam blog ini.Cikgu akan upload berperingkat.Maklumlah banyak kerja yang perlu dibereskan.

Bab 1-3
Bab 4-6

Wednesday 1 February 2012

Pembentangan Sejarah Tingkatan 5 Cendekiawan


Tajuk Pembentangan Sejarah
Tingkatan 5 Cendekiawan 2012.


Tajuk
Pembentang

1.

Bab 2-Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

-Perjuangan pemimpin tempatan menentang British.
-Sebab-sebab penentangan
-Peristiwa penentangan Dol Said


1. Nur Aishah bt Musa
2. Nur Syakila bt Saliman
3. Ainul Atiqah Khalilah bt Khalid



 2.

Penentangan Tokoh-tokoh
- Linggir
- Rentap
- Syarif Masahor
- Mat Salleh
- J.W.W Birch


1. Fatin Najwa bt Misuan
2. Nor Azirah bt Roshli
3. Amira Atika bt Raup







3. 

Penentangan tokoh-tokoh
     -          Yam Tuan Antah
     -          Dato Bahaman
     -          Tok Janggut
     -          Haji Abdul Rahman Limbung


1. Mohd Firdaus bin Masnin
2. Muhammad Fazrin bin Mohd
    Sanimin




4.

Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

     -          Faktor-faktor Pemangkin nasionalisme
     -          Gerakan Islah


1. Nurul Azwa bt Zulkifli
2. Rosnani bt Othman
3. Radiah bt Mustaffa



5.

Akhbar Majalah dan Novel
     -          Akhbar dan Isu dibangkitkan
     -          Majalah dan Isu dibangkitkan
     -          Novel dan Tema Semangat Kebangsaan

1. Tholayah bt Dahamid
2. Linda Sahrida bt Lindung
     Sahputra





6.

Perjuangan Nasionalisme oleh Persatuan-Persatuan Melayu
- KMS
- PASPAM
-Persatuan Negeri
- KMM (Kesatuan Melayu Muda)

Gerakan nasionalisme semasa Pendudukan Jepun


1. Muhamad Shahril
2. Muhamad Iddir
3. Mohamad Airey Ikhwan



7.

Bab 3 - Ciri-Ciri Negara dan Bangsa

- Negara
- Perlembagaan
-Bangsa
- Kerajaan

Ciri-Ciri Negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu melaka
- Kerajaan
-lambang-lambang
-Rakyat
-Keunggulan Undang-Undang
-Kedaulatan
-Wilayah Pengaruh

1. Amiratulhalimah
2. Nurul Amira bt Sabri
3. Miza Mastura bt Ishak



8.

Warisan Negeri-Negeri Melayu
- Johor
-Kelantan
-Terengganu
-Negeri Sembilan


1. Farhah Natasha bt Hashim
2. Adawiyah bt Shahdan
3. Farah Ezzaty bt Rosdin



9.

Bab 4- Pembinaan Negara dan bangsa Malaysia

-Sebab-Sebab Pengenalan malayan Union
- Reaksi dan tindakan orang Melayu terhadap
   Malayan Union
- Persekutuan tanah Melayu 1948




1. Norsharifah  bt Sulaiman
2. Fatin Najihah bt Ismail
3. Nurul Hidayah bt Omar


 Pembentangan akan bermula mulai minggu ke 3 bulan Februari.



Monday 30 January 2012

Sejarah Batu Pahat

Sejarah Batu Pahat ada di sebut dalam Sejarah Melayu. Permusuhan antara Melaka dan Siam telah membawa kepada beberapa siri peperangan.Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah tentera Siam yang menyerang Melaka telah mengalami kekalahan. Tentera Melaka Pada masa itu dipimpin oleh Bendahara Tun Perak. Tentera Siam yang selamat melarikan diri dengan menyusuri Selat Melaka.

Satu ketika, tentera Siam kekurangan air bersih. Oleh itu mereka telah memahat batu di muara sungai di Pantai Minyak Beku.Dari situlah bermulanya nama Batu Pahat.Tentera Siam seterusnya menuju ke selatan dan pulang ke Siam melalui Laut Cina Selatan.

Cerita ini mungkin mempunyai beberapa versi. Namun begitulah bandar Batu Pahat mendapat namanya.
Saya berkesempatan mengunjungi kawasan yang dimaksudkan.memang ada kesan lekukan pada batu di tepi pantai.Keluasan lekukan lebih kurang 2 meter persegi.

Kolam Batu Pahat di Pantai Minyak Beku