PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Monday 4 July 2011

Tajuk Tudingan Tema 10~Bab 2 (Gerakan Islah)

Nyatakan maksud Gerakan Islah
F1     Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya  membetulkan pandangan mereka  
         terhadap Islam
F2     Pendorong Gerakan ini antaranya Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin  
         al-Helmy
F3     Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda
F4     Alat perjuangan mereka ialah media cetak seperti novel, akhbar dan majalah
F5     Akhbar dan majalah yang terkenal seperti al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh

Apakah matlamat perjuangan Gerakan Islah
F1     Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
F2     Gesaan untuk memajukan ekonomi
F3     Memajukan pendidikan
F4     Memajukan politik dan sosial orang Melayu     
F5     Berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam
F6    Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu.

Terangkan sekatan-sekatan yang dihadapi oleh Gerakan Islah
F1     Hanya dapat bergerak di Negeri-Negeri Selat sahaja kerana menghadapi sekatan daripada penjajah 
         British
F2     Beberapa Undang-undang telah dikeluarkan di negeri-Negeri Melayu yang menghalang pengaruh   
         Kaum Muda.
F3     Undang-Undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran 
         Sultan.
F4     Undang-Undang ini tidak membenarkan risalah dan buku kaum Muda di bawa masuk ke negeri-negeri 
         tersebut.
Dr.Burhanuddin al-Helmy

Sheikh Tahir Jalaluddin

Syed Syeikh al-Hadi


No comments:

Post a Comment