PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Tuesday 28 June 2011

Tajuk Tudingan Tema 10~Bab 1 ( Perkembangan Nasionalisme)

Terangkan perkembangan nasionalisme di Filipina

Tahap Pertama
F1    Gerakan dakyah
F2    Dipimpin oleh Jose Rizal
F3    Bersikap sederhana
F4    Disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan barat
F5    Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
F6    Menuntut supaya bangsa Filipina diberi hak yang sama  seperti bangsa Sepanyol
F7    Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
F8    Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892
F9    Mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
F10  Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao
F11  Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan

JOSE RIZAL


Jose Rizal dihukum tembak  di Padang Bagumbayan, Manila 











Tahap Kedua
F1     Penentangan secara radikal
F2     Bermula apabila katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
F3     Matlamat perjuangan Katipunan menyatukan bangsa Filipina
F4     Mencapai kemerdekaan melalui revolusi
F5     Alat perjuangan melalui akhbar Kalayan
F6     Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk mengulingkan pemerintahan Sepanyol
F7     Katipunan semakin lemah selepas Andres Boficafio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo
F8     Kerjasama Amerika Syarikat dan Aguinaldo telah berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina.
F9     Bermulalah penguasaan Amerika terhadap Filipina
F10   Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi tidak disahkan oleh Amerika
F11   Aguinaldo meneruskan revolusi
F12   Akhirnya Aguinaldo ditangkap
F13   Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti politik bersifat sederhana
F14   Parti Nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya
F15   Sergio Osmena mengetuai Dewan Perhimpunan
F16   1930-an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan
         setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal

  
Jelaskan Perkembangan Nasionalisme di Indonesia

Tahap Pertama
F1     Tumpuan kepada isu pendidikan
F2     Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
F3     Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan  
         kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh Belanda
F4     Pertubuhan penting dikenali sebagai Muhammadiyah
F5     Matlamat Muhammadiyah menyebarkan Islam yang sebenar, menghindari ancaman sekularisme 
         barat  dan agama Kristian
F6    Sumbangan Muhammadiyah ialah membina sekolah, klinik dan masjid

                                                               Raden Adjeng Kartini

Tahap Kedua
F1     Perjuangan parti politik radikal
H1a   Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia (PNI)
F2     Matlamatnya menuntut kemerdekaan secara kekerasan
F3     PNI pimpinan Soekarno paling popular
F4     Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat
F5     Kerajaan Belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno dan mengharamkan PNI

                                                                                           Presiden Soekarno

 Terangkan Perkembangan Nasionalisme di Thailand

Tahap Pertama
F1     Berpunca dari kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
F2     Juga penentangan terhadap raja berkuasa mutlak
F3     Perkembangan sistem pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem  
         raja berperlembagaan kepada golongan intelek di Thailand
F4     Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas 
         hati.
F5    Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi panomyong dan Field Marshall Phibul Songram 
F6    Parti rakyat melancarkan Revolusi Thai
F7    Sistem raja berkuasa mutlak tamat dan diganti dengan sistem raja berperlembagaan.

Tahap Kedua
F1     Berpunca daripada rasa tidak puashati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis(pemodal) 
         barat dan orang Cina
F2     Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri beliau meluluskan undang-undang utk menyekat 
         kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina
F3     Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan
F4     Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
F5     Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha
F6     Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas
F7     hasil daripada bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya 
         mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu
     
                                                               Raja Vajiravudh

No comments:

Post a Comment