PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Wednesday 1 June 2011

Tajuk Tudingan Tema 9 ~ Bab 9 (Reformation, Rev. Pertanian dan Rev. Perindustrian)

Maksud Reformation

F1     Berasal dari perkataan reform
F2     Bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan
F3     Untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik
F4     Membentuk sesuatu yang baru
F5     Berkait dengan agama Kristian


Tokoh Reformation

F1     Martin Luther
F2     Huldreich Zwingli
F3     John Calvin

Nyatakan punca-punca berlakunya Reformation di Eropah.


F1        Kritikan terhadap Gereja Katolik
F2        Kritikan timbul kerana pihak gereja meningkatkan usaha pembangunan keduniaan
untuk menjadikan Rom pusat kekuasaan
F3        Banyak kepincangan, rasuah dan penyelewengan berlaku dalam institusi gereja
F4        Ramai orang mempersoalkan kedudukan dan amalan gereja katolik
F5        Cara hidup pihak gereja tidak selari dengan apa yang dianjurkan oleh kitab Bible
F6        Golongan Penguasa gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para
            Pemerintah dan bangsawan
F7        Gaya hidup mereka tidak mencerminkan kehidupan keagamaan
F8        Penyelewengan yang tidak disenangi ialah penjualan sijil Indulgences
F9        Sijil Indulgences ialah  surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah
             Melakukan dosa

Berikan faktor-faktor kejayaan Reformation

F1        Penciptaan mesin pencetak oleh Johann Gutenberg
F2        Ini membolehkan Bible dihasilkan dalam masa yang singkat
F3        Peranan Martin Luther
F4        Beliau menentang amalan Indulgences
F5        Beliau percaya manusia seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya
F6        Pendirian beliau dikenali sebagai mazhab Protestant
F7        Fahaman ini menentang kedudukan Gereja dan institusi paderi
F8        Kewujudan mazhab Protestant menandakan bermulanya Zaman Reformation
F9        Mazhab Peotestant berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England

Apakah Kesan-Kesan Reformation

F1        Perbalahan agama yang telah menyebabkan peperangan
F2        Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
F3        Contohnya Perang keagamaan di Perancis
F4        Perang 30 tahun melibatkan Sepanyol, Jerman, dDenmark dan Sweden
F5        Masyarakat Eropah tidak dikuasai oleh satu mazhab sahaja
F6        Timbul sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian
F7        Kuasa gereja telah dicabar secara terbuka
F8        Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki berkurang
F9        Monarki ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom
F10      Contoh: Raja Henry VIII memutuskan hubungan England dengan Gereja
            Roman katolik di Rom kerana ingin berkahwin dengan Anne Boleyn



a) Jelaskan perkaitan antara revolusi pertanian dengan revolusi perindustrian
F1        Melahirkan peladang yang kaya
F2        Menyediakan modal untuk perindustrian
F3        Peladang sanggup mengambil risiko dengan melabur dalam bidang
yang belum pasti menguntungkan
F4        Menyediakan keperluan makanan pekerja kilang
F5        Britain tidak lagi bergantung kepada makanan import
F6        Dana digunakan untuk memajukan industri dalam negara
F7        Menyediakan asas pencetusan Revolusi Perindusterian


b) Terangkan kesan-kesan revolusi pertanian dan revolusi Perindustrian kepada  
     masyarakat Eropah

F1        Kemajuan/Peningkatan Pertanian
H1a     Kegiatan pertania dikomersialkan
H1b     Pertanian menjadi punca ekonomi negara
H1c     Lebihan produk pertanian dieksport
H1d     Menyediakan makanan yang cukup untuk pekerja
H1e     menyediakan modal untuk perindusterian

F2        Kemajuan/peningkatan dalam perindusterian
H2a     Ramai rakyat terlibat sebagai buruh/pekerja industri
H2b     Perindusterian menjadi punca ekonomi baru dan penting kepada rakyat
H2c     Kedudukan tuan tanah digantikan oleh penguasaha/pemilik kilang

F3        Peningkatan perdagangan antarabangsa
H3a     Lebihan produk pertanian dan perindusterian tidak dapat dipasarkan semuanya dalam negara
H3b     Produk didagangkan pada peringkat antarabangsa
H3c     bahan mentah yang banyak dan berterusan diperlukan
H3d     Modal dieksport ke seberang laut untuk kegiatan ekonomi

F4        Kemajuan bidang pengangkutan
H4a     Penciptaan keretapi
H4b     Enjin berkuasa wap memaju lebih banyak gerabak dan lebih maju
H4c     Pengangkutan laut direvolusikan oleh kapal berkuasa wap

F5        Kemunculan golongan buruh dan majikan        
H5a     Kemunculan ekonomi berskala besar/komersial
H5b     Muncul ladang dan buruh kilang
H5c     Kilang tekstil paling banyak pada peringkat awal revolusi perindusterian
H5d     Peringkat awal buruh tidak mendapat layanan sewajarnya
H5e     penciptaan mesin memberikan saingan kepada pekerja mahir dalam penenunan
H5f      Sebahagian pekerja memprotes penggunaan mesin/Pergerakan Luddite

F6        Akta Antipenggabungan (Anti-Combination Act)
H6a     melarang penggabungan pekerja dan menjaga kebajikan mereka
H6b     Akta ini menyulitkan pekerja
H6c     kanak-kanak berusia 10 tahun dieksploit di kilang tekstil dan lombong arang batu
H6d     masa bekerja 10 jam sehari
H6e     majikan amat terpengaruh dengan falsafah ekonomi bebas
H6f      Pemansuhan Akta Antipenggabungan membenarkan pekerja menubuhkan Kesatuan
H6g     Diikuti dengan pelbagai akta untuk membela pekerja/Akta Lombong/Akta 10 jam/Akta Kilang 1833

 

No comments:

Post a Comment