PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Wednesday 22 June 2011

Tajuk Tudingan Tema 10~Bab 1

Senaraikan Ciri-Ciri Umum Birokrasi barat di Asia Tenggara

F1     Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
F2     Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
F3     Pelaksanaan pentadbiran melalui biro/jabatan
F4     Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro
F5     Pengenalan undang-undang barat

Apakah sistem pemerintahan  yang diamalkan di Filipina sebelum kedatangan Sepanyol

F1    Terdiri daripada daerah-daerah kecil
F2    Dikenali sebagai Barangay
F3    Barangay diperintah oleh golongan datu
F4    Di bahagian selatan Kepulauan Filipina wujud kerajaan-kerajaan Islam

Apakah tugas Encomiendero di Filipina

F1     Menjaga keamanan
F2     Mengutip cukai
F3     Mengkristiankan penduduk tempatan     


Nyatakan perubahan pentadbiran semasa penjajahan Sepanyol di Filipina

F1     Sepanyol memperkenalkan Sistem pentadbiran berpusat
F2     Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi
F3     Pentadbiran wilayah di ketuai oleh Ketua Datuk Bandar
F4     Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
F5     Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda yang diketuai oleh
         Encomiendero
F6     Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi
F7     Sistem ini juga mengenakan kerahan tenaga kepada mereka
F8     Encomienda merupakan penyatuan Barangay. Ini telah menyebabkan kemerosotan sistem
         pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu

 Nyatakan perubahan yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem pemerintahan di Indonesia

F1     Belanda memperkenalkan pentadbiran pusat
F2     Diketuai oleh Gabenor Jeneral
F3     Pentadbiran tempatan
F4     Dikendalikan oleh pembesar tempatan
F5     Pengawasan oleh pegawai Belanda
F6     Penubuhan Jabatan Pelajaran
F7     Jabatan Pertanian
F8     Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan
F9     Penubuhan Volskraad yang merupakan Majlis Rakyat 
F10   Ditubuhkan hasil desakan Sarekat Islam
F11   Penubuhannya dianggap sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan

Perubahan Sistem Politik di Burma

F1     Kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III membolehkan British menguasai Burma
F2     Dinasti Konbaung berakhir
F3     Institusi raja tersingkir
F4     Jawatan pembesar tradisional pd peringkat pusat terhapus
F5     Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma
F6     Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887
F7     Akta Perkampungan Burma 1889
F8     Akta-akta ini melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional
F9     Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran)
F10   Sistem undang-undang barat diperkenalkan
F11   Pengaruh golongan agama merosot
F12   Fungsi raja sebagai penaung sami Buddha diambilalih oleh undang-undang barat
F13   Majlis Perundangan diperkenalkan
F14   Beberapa jabatan diperkenalkan spt jabatan perhutanan, kesihatan, dan jabatan pelajaran 

Perubahan Politik di Thailand

F1     Birokrasi barat telah diperkenalkan sendiri oleh raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn
F2     Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan
F3     Beliau turut melatih pegawai-pegawai tempatan
F4     Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis di bawa dari Britain
F5     Penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika Syarikat dan Perancis.
F6     Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan 
         Kabinet Menteri
F7     Juruaudit dibawa dari Britain
F8     Muncul golongan baru  terdiri daripada pentadbir yg mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden
F9     Tahun 1932 sistem raja berperlembagaan diperkenalkan bagi mengantikan sistem raja berkuasa mutlak.
F10   Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja
F11   Pemodenan pentadbiran yg dilakukan merupakan faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan 
         Thailand. 

No comments:

Post a Comment