PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Thursday 14 August 2014

Teks Pengacara Bengkel Menjawab Sejarah SPM



Bismillahirohmanirahim..
Assalamualaikum wtb
Yang Berbahagia En Bahtiar bin Sukkor Guru Cemerlang Sejarah SMK Dato Ali Hj Ahmad , Pontian selaku penceramah undangan pada hari ini.
Yang Dihormati En Tee Tan Kue, Guru Kaunseling SMK Tunku Putra.
Yang di hormati En Mohd Zamni bin Sairun, Ketua Panitia Sejarah SMK Tunku Putra.
Barisan guru-guru,

Seterusnya rakan-rakan pelajar yang di kasihi sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan keizinannya dapat kita sama-sama berada di dalam bilik seminar ini, dalam Program Bengkel Menjawab Sejarah SPM.Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan pelajar yang dapat hadir pada hari ini.Semoga sepanjang program ini berlangsung kita akan mendapat tips-tips matapelajaran sejarah yang berguna bagi menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.

Bagi memberkati majlis pada pagi Jumaat yang penuh berkat ini, majlis menjemput saudara Ahmad Zamir Fitri bin.................................untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

[bacaan doa]

Amin...amin ya robbal alamin
Terima kasih di ucapkan kepada saudara Ahmad Zamir Fitri bin............................................
atas bacaan doa itu tadi.Semoga kita majlis pada hari ini akan mendapat rahmat dan keberkatan.Inshallah........

Dengan tidak membuang masa lagi, majlis menjemput En Bahtiar bin Sukkor, Guru cemerlang Sejarah SMK Dato Ali Hj Ahmad , Pontian untuk menyampaikan ceramah beliau.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

[ceramah]


Penutup

Demikianlah tadi ceramah amat menarik, yang telah disampaikan oleh En Bahtiar bin Sukkor.Semoga segala maklumat dan panduan yang telah diberikan semasa ceramah tadi akan dapat membantu kita untuk menjawab soalan sejarah dengan baik semasa peperiksaan nanti. Sama-sama kita berdoa agar dapat  mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran sejarah seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah dengan keputusan yang cemerlang.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata.Sehubungan itu majlis dengan sukacitanya menjemput En Mohd Zamni bin Sairun Ketua Panitia Sejarah SMK Tunku Putra untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia En Bahtiar bin Sukkor selaku penceramah pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis pada hari ini.Pihak majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada En Bahtiar bin Sukkor atas kesudian beliau  berkongsi ilmu dengan kita pada hari ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pimpinan sekolah terutamanya kepada Tn Hj Jumali bin Ahmad Pengetua SMK Tunku Putra.Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Bengkel Menjawab Sejarah SPM yang telah memberikan komitmen yang jitu sehingga majlis ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Selaku pemimpin majlis pada hari ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, sekirnya sepanjang mengacarakan majlis ini terdapat salah dan silap.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz

Wabillahi taufik walhidayah
Wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh


2 comments:

  1. Terima kasih di atas perkongsian. Semoga bertambah rezeki dan dilimpahi rahmat Allah

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete