PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Thursday 7 August 2014

Suka Suki Hari Raya

Suke lettew dapat ang pau


1)LATAR BELAKANG REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI EROPAH 

Revolusi bermaksud suatu perubahan besar yang berlaku mendadak dan menyeluruh dari segi politik,social atau ekonomi.Selain itu,terdapat dua jenis revolusi di Eropah iaitu yang pertama Revolusi Pertanian dan yang kedua Revolusi Perindustrian.Terdapat beberapa contoh revolusi seperti,revolusi politik.Berlaku apabila satu kebangkitan menukarkan system pemerintahan.Seperti system colonial kepada pemerintahan peribumi.Revolusi boleh berlaku dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan.Selain itu,revolusi tidak berlaku secara mendadak malah berperingkat-peringkat.Revolusi pertanian berlaku akibat pengeluaran makanan secara besar-besaran.Lebihan pengeluaran makanan dijadikan sebagai bahan dagangan.Revolusi pertanian berperanan menyediakan asas bagi Revolusi perindustrian.

2)CIRI-CIRI,FAKTOR DAN KESAN PERKEMBANGAN
i)REVOLUSI PERTANIAN

Revolusi pertanian telah meningkatkan ekonomi Eropahfactor berlakunya revolusi Antaranya,perubahan dalam system penggunaan tanah.Yang kedua terdapat perubahan dalam system pemilikan tanah.Terdapat juga penggunaan kaedah atau teknik saintifik dalam pertanian.Kaedah ataupun teknik ini adalah seperti penanaman efisien,penggunaan peralatan baru dan penggunaan baja.Kaedah pemasaran produk pertanian dengan melakukan penanaman secara besar-besaran.Tuan tanah juga memanfaatkan tanah awam iaitu dengan membenarkan rakyat memanfaatkan tanah tersebut bertujuan untuk pengeluaran secara besar-besaran.Terdapat juga system penanaman secara berladang di mana terdapat kawasan yang lebih luas untuk penanaman secara besar-besaran.Kegiatan pertanian sepatutnya dijalankan secara besar-besaran bagi memaksimumkan keuntungan.

Dari segi factor perkembangan revolusi pertanian adalah disebabkan kemajuan teknologi ketika itu.Kaedah penanaman yang digunakan adalah secara bergilir.Ia bermaksud tanah tersebut digunakan secara berterusan sepanjang tahun.Walaupun terdapat perubahan musim, tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan kentang.Selain itu,dari peralatan terdapat alat menggali untuk menggali lubang yang lebih besar serta alat menugal.Kesannya,penanaman bijih benih dapat dilakukan secara serentak cara penanaman hasil pertanian dapat dipertingkatkan,penggunaan baja asli secara meluas membantu meningkatkan kesuburan tanah.Kaedah pemasaran produk pertanian dilakukan apabila terdapat lebihan hasil pertanian tersebut.



Kesan ,pertanian telah menjadi punca ekonomi Negara.Penanaman bijiran seperti gandum dan jagung pilihan utama dalam bidang pertanian.Apabila hasil pertanian ini mencukupi untuk keperluan harian,lebihan produk akan dieksport. revolusi pertanian adalah bidang yang dapat menyediakan makanan yang mencukupi.Maka,peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.Kegiatan Revolusi perindustrian iaitu pembuatan telah menggatikan pertanian.Kesannya,ramai rakyat menjadi buruh industry.Kemudian,kedudukan tuan tanah diambil alih oleh pemilik kilang.



ii)REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Peralihan industry desa kepada perkilangan.Perindustrian ini telah menghasilkan produk secara kecil-kecilan. ciptaan mesin baru dihasilkan secara besar-besaran mengubah kepada perkilangan.mesin dapat mengeluarkan barangan secara berterusan.Lebihan produk yang dihasilkan telah diperdagangkan secara komersial. skala pengeluaran bertambah besar 

.Penggunaan mesin berkuasa wap yang digunakan untuk memacu bot telah menggantikan tenaga manusia Para pedagang telah mendapat keuntungan daripada aktiviti tersebut dan keuntungan tersebut digunakan untuk mempertingkatkan aktiviti pengeluaran dan perdagangan.pelbagai mesin telah direka melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan saintis.John Newcomen  telah mencipta mesin enjin berkuasa wap hasil pembakaran arang batu .penciptaan kereta api dan kapal laut.James Watt memperbaik lagi enjin berkuasa wap cipataan John Newcomen yang dapat mengeluarkan tenaga lebih efisien.Flying Shuttle mesin dalam industry tekstil rekaan John Kay bertujuan untuk mempercepatkan kerja menenun kain.Oleh itu,tercipta mesin pemintal benang Spinning Jenny dan Water Frame membantu pekerja memintal benang dengan lebih banyak 

lebihan produk perindustrian diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dimaksimumkan.Britain penggendali perdagangan antarabangsa .Menjadi Negara penjajah utama kerana memerlukan lebih banyak bahan mentah.,British menjadi kuasa maritime yang ulung.Sistem pengangkutan telah dipertingkatkan oleh Britain bagi melakukan aktiviti mengeksport modal ke seberang laut.Perubahan system domestic berlaku dengan penciptaan kereta api.Maka,lebih banyak gerabak dapat mengangkut barangan dan juga pekerja kilang. golongan buruh dan majikan.Hal ini kerana,golongan buruh yangt tidak mendapata layanan atau pembelaan sewajarnya.Pekerja bawahan pula tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ini.Majikan pula ketika itu tidak semuanya bertimbang rasa.Mereka terpengaruh pada falsafah dan system ekonomi bebas di mana tiada campur tangan kerajaan.

3)JELASKAN ASPEK SUMBANGAN REVOLUSI PERTANIAN TERHADAP PERKEMBANGAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI EROPAH.

Modal yang disediakan oleh peladang kain antara penyumbang kepada Revolusi Perindustrian.Para pleading yang kaya hasil daripada pertanian telah melabur lebihan modal mereka dalam perindutriansikap peladang yang sanggup mengambil risiko walaupun tidak menjanjikan pulangan dalam bidang perindustrianmenyediakan bahan makanan untuk menampung keperluan pekerja kilang yang semakin meningkat,Britain tidak bergantung kepada pengimportan bahan makanan dari luar.Dana yang diselamatan dapat dilaburkan dalam sector industrydana ini,dapat mebantu lagi pertumbuhan dan perkembangan industrydibantu dengan rekaan dalam bidang sains dan teknologi.Semangat dan kegiatan keusahawanan yang dijalankan member banyak sumbangan kepada revolusi ini.semangat inovatif dan kreativiti peladang

 4)BAGAIMANAKAH KITA MEMANFAATKAN SUMBER BAHAN MENTAH/YANG ADA DI  MALAYSIA BAGI KEMAJUAN NEGARA.

Sumber bahan mentah bermanfaat .pembukaan tanah-tanah baru untuk pertanian.Penubuhan FELDA disebabkan buah kelapa sawit dan getah .Kegunaan yang yang pelbagai .memudahkan urusan bahan mentah penyatuan tanah-tanah untuk pertanian diletakkan di bawah FELCRAurusan,program buku merah untuk menilai keberkesanan projek pertanian diadakan.,penubuhan pusat penyelidikan pertanian ditubukan untuk melakukan  kajian mengenai bahan mentah untuk masa hadapan.Antara pusat penyelidikan yang ditubuhkan ialah MARDI yang   menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan: pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan.MARDI juga pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.Penubuhan FAMA bertujuan menyelia,meyelaras,mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia,termasuk pengimportan dan pengeksportan. pembangunan lima tahun adalah untuk memajukan Negara.Penubuhan Lembaga Industri Berat Negara(MIDA)adalah untuk menyelaras industry Negara.Penyediaan kawasan zon bebas perdagangan di Senawang dan Sg Way dan pengurangan cukai adalah bertujuan menarik pelabur asing. dasar ekonomi baru dilancarkan untuk membangunkan Negara selain pertanian.PETRONAS adalah salah satu dasar ekonomi baru yang ditubuhkan untuk usaha cari gali minyak.Kerajaan telah menyediakan tenaga buruh mahir untuk keperluan industry.teknolgi moden juga merupakan  keperluan industry di samping membuat penambahbaikan infrastruktur  menubuhkan Universiti Pertanian Malaysia(UPM).Segalan kemajuan yang dikecapi melalui manfaat bahan mentah menjadikan Malaysia kawasan aman,bebas dan berkecuali. pengangkutan dan perhubugan adalah factor kemajuan Malaysia.

 5)JELASKAN KEJAYAAN NEGARA MALAYSIA SETELAH MEMANFAATKAN SUMBER BAHAN MENTAH/YANG ADA DI MALAYSIA.

kemajuan ekonomi Negara adalah bahan mentah.Bahan-bahan mentah yang terdapat di Malaysia pelbagai pemodenan yang berlaku dalam sector pertanian seperti kegunaan jentera-jentera moden.Kegiatan maritim juga berkembang dengan pesat melalui hubungan dagangan Malaysia dengan Negara asinghubungan antarabangsa berkembang.Maka,Malaysia akan menjadi pusat tumpuan pelancong asing seantero duniateknologi moden memesatkan  pembangunan dan ekonomi Negarapenambahbaikan  telah dilakukan untuk menaikkan taraf kemajuan system komunikasi  memudahkan lagi interaksi dengan Negara luar tanpa had.Malaysia juga mampu untuk membuka lebih banyak tanah baru untuk pertanian.

 6)i:CABARAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM MEMAJUKAN NEGARA.

mesti dilalui ialah tekanan daripada Negara maju . strategi yang tepat untuk menyaingi Negara-negara tersebut. akan berlaku pencemaranmencari penyelesaian bagi mengatasi masalah pencemaran yang kian buruk seperti pencemaran udara dan air.Nilai wang di dunia kian meningkatakan membawa kepada kenaikan harga barang.Hal ini amat mebimbangkan kerana jika ekonomi berada dalam keaadaan yang tidak stabilmencapai segala kemajuan dari segi teknologi dan komunikasi amat sukar dan memerlukan tenaga mahirKekurangan tenaga mahir meyukarkan dan melambatkan proses . Malaysia sebagai Negara maju 

  ii)LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI CABARAN.

 kita harus memperkukuhkan perpaduan rakyat.Kesefahaman amat penting kerana ia adalah tunjang kepada kemajuan Negarapelbagai idea baru dan penyelesaian masalah yang dihadapi. masyarakat memainkan peranan yang amat penting dengan meneroka teknologi baru. dilaksanakan dengan melihat perkembangan teknolgi Negara-negara luar dan mengaplikasikannya.Kita juga boleh membuat perubahan kepada teknolgi tersebut agar terdapat pembaharuanmeningkatkan lagi penyelidikan dan pembangunan(R&D) dengan melihat segala kekurangan yang perlu ditambah baik.Dasar ekonomi baru perlu diteruskan.Mutu pendidikan di Malaysia juga perlu ditingkatkan agar generasi seterusnya tahu dan mempunyai perancangan yang lebih bernas . dapat membuat pembaharuan terhadap kemajuan yang sedia agar agar menjadi lebih baik.


 7)NYATAKAN NILAI-NILAI MURNI/PATRIOTISME DARIPADA REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN YANG BOLEH DITERAPKAN DEMI KEMAJUAN NEGARA KITA.

 menanamkan semangat patriotisme dan nilai-nilai murni dalam diri agar kemajuan Negara dapat dicapai.melatih diri agar menjadi seorang yang berdikari .Jadikan kemajuan Negara lain sebagai panduan untuk memajukan Negara.bertuah kerana dapat hidup di Malaysia yang kaya dengan pelbagai sumber alam sekitar ciptaan tuhan. haruslah bijak memanfaatkannya.Untuk memajukan Negara tercinta kita tidak boleh bersikap mudah putus asa.Jika kita tidak rajin berusaha juga kita mungkin akan mengalami kerugian kerana mungkin terdapat kebaikan terhadap kemajuan yang kita lakukan jika kita memamanfaatkan sepenuhnya.Nampak akan kebaikkannya akan memanfaatkannya.Mencapai taraf Negara mudah bukanlah  mudah,kita harus bersifat kreatif dan inovatif.Setiap penemuan yang dijumpa,kita haruslah kreatif dalam mengaplikasikannya.sesetengah orang amat sukar menerima perubahan zaman yang serba moden dan maju ini.Jadi kita haruslah bersiap sedia menerima perubahan tersebut agar tidak ketinggalan dengan kemajuan dunia yang serba baru ini.Keamajuan juga tidak akan dikecapi jika Negara mengalami masalah perpaduan. saling memahami dan bekerjasama dalam meningkatkan taraf kemajuan Negara.Keamanan yang dikekalkan juga haruslah berkekalan agar tiada peresengketaan berlaku dalam perbuhan zaman yang moden ini.kesibukan mencipta kemajuan Negara jangan dilupa pula tradisi yang telah lama wujud dalam Negara ini,kerana tradisi ini juga merupakan factor yang membantu dalam kemajuan Negara.

 8)RUMUSAN

 pengetahuan baru tentang revolusi pertanian dan perindustrian.
 sukar dan plebagai cabaran serta perkara harus dilakukan untuk pergi ke peringkat sterusnya hingga diiktiraf menjadi Negara majudalam mencapai kecemerlangan diri,bangsa dan Negara adalah dengan mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai perkembangan dunia. tahu apa yang perlu dilakukan untuk masa hadapan.Kita harus mempunyai pelan strategi yang terbaikMalaysia dapat menyaingi Negara-negara maju lain dari segi pembangunan,ekonomi dan socialMalaysia dapat melahirkan generasi yang lebih baik untuk masa hadapan bagi melopori ekonomi Negara Malaysia kepada yang lebih cemerlang.

No comments:

Post a Comment