PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Friday 15 July 2011

Tajuk Tudingan Tema 10~Bab 2 ( Peranan Akhbar, Majalah & Novel)



AKHBAR MAJALAH DAN NOVEL : PENGERAK KESEDARAN KEBANGSAAN.

Senaraikan nama-nama Akhbar

  • Warta Malaya
  •  Lembaga Malaya
  •  Majlis
  •  Utusan Melayu
  •  Warta Negara
  • Fajar Sarawak

 Huraikan peranan yang dimainkan oleh Akhbar dalam membangkitkan semangat  nasionalisme.

SOSIAL/PENDIDIKAN
  • Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
  • Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
  • Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja.
  • Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
  • Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan.
  • Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.
  • Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi.
  • Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
  • Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.
  • Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.
EKONOMI
  • Menggalakkan syarikat kerjasama.
  • Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan.
  • Menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang melayu.
  • Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka.
  • Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat.
  • Meminta British mewujudkan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.
POLITIK
  • Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.
  • Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya.
  • Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran.
  • Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) utk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.

 Terangkan persoalan yang dibangkitkan di dalam MAJALAH.

1. MAJALAH GURU
  • Pendidikan anak-anak Melayu. 
  • Perpaduan di kalangan org Melayu.
  • Semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan.
  • Membaiki taraf hidup orang Melayu.
  • Memajukan bahasa dan sastera Melayu.
  • Perpaduan dikalangan guru sebagai pemimpin bahasa.

2. MAJALAH PENGASUH
  • Membincangkan soal pentafsiran Islam yg progresif bagi kemajuan ummah.
  • Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.
  • Memperluas ilmu dalam semua bidang.
  • Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam.
  • Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sikap buruk
 
    3.  MAJALAH BULAN MELAYU
    • Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
    • Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan.
    • Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.
    • Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.   
       
    Terangkan Persoalan yang dibangkitkan di dalam NOVEL.


    1. Keris Melaka
    •  Semangat perjuangan menentang penjajah Barat spt Portugis.
    • Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka spt Hang Tuah.
    • Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuanganbangsa bagi generasi muda.

    2. Anak Mat Lela Gila
    • Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.
    • Menghargai warisan bangsa sendiri.
    • Mencintai tanah air.
    • Menolak kesenangan demi maruah bangsa.

    3. Putera Gunung Tahan
    • Semangar wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa.
    • Mencintai tanah air.
    • Berasa bangga dengan kebolehan sendiri.
    • Seorang gadis tempatan yg menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkanmaruah bangsa.

    4.  Melor Kuala Lumpur
    • Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya.
    • Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya.
    • Membuang pandangan negatif yg boleh menghalang kemajuan bangsa.



      No comments:

      Post a Comment