PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Sunday 31 July 2011

Tajuk Tudingan Tema 11~Bab 4 ( PERSEKUTUAN TANAH MELAYU )

JELASKAN FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

F1     Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union
H1a  Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah pimpinan Dato Onn Ja'afar

F2     Sokongan bekas pegawai-pegawai British
H2a   Mereka pernah berkhidmat di tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
C2a   Antara mereka termasuklah Sir Frank Swettenham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir
          Cecil Clementi
H2b   Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu

F3     Sokongan pegawai-pegawai tinggi British
H1a   Contohnya seperti Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent dan L.D gammans

F4     Sikap politik orang Melayu yang sederhana
H4a   Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, demonstrasi, berkongres dan memujuk raja-raja Melayu
          untuk menyokong penentangan terhadap British.
H4b   Mereka tidak mengangkat senjata seperti Parti Komunis Malaya (PKM)

F5     UMNO tidak menuntuk kemerdekaan
H5a   British memilih UMNO dan Raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk
          menolak Malayan Union
H5b   British juga bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yg di kuasai oleh
          golongan radikan PKMM, API, AWAS dan BATAS.

F6     Perpaduan orang melayu daripada semua golongan
H6a   Perpaduan dlm kalangan orang Melayu dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union
H6b   Keupayaan orang Melayu memujuk dan mendesak British untuk menghidupkan semula dasar
          perlindungan terhadap orang Melayu

F7     Gesaan Piagam Atlantik
H7a   Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak
          menggalakkan penjajahan baru.
H7b   Sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan sendiri kpd penduduk
          tempatan

TOKOH-TOKOH PENGGERAK PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

F1     Pemimpin tempatan, pihak British, Raja-raja Melayu dan pemimpin UMNO
F2     Terdapat 9 orang raja Melayu yang terlibat
H2a   Mereka telah menyediakan tuntutan dan cadangan yg sesuai untuk menjaga status dan keselamatan
         rakyat.
H2b   Contoh Sultan Badlishah (Kedah), Sultan Abdul Aziz (Perak) dan Sultan Ibrahim  ( Johor)
H2c   Mereka menuntut supaya kuasa-kuasa raja Melayu dikembalikan seperti sebelum tahun 1941.

F3     Rakyat pula diwakili oleh para pembesar
H3a   Mereka bertindak sebagai penasihat kpd raja masing-masing
H3b   Sebahagian mereka merupakan pemimpin UMNO
H3c   Mereka bersama-sama Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British melindungi kepentingan
         orang Melayu berserta Raja-Raja Melayu.
H3d   Kerjasama mereka telah membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran, agama Islam dan bahasa
          Melayu serta pengekalan institusi raja Melayu berjaya dimasukkan ke dalam Perjanjian Persekutuan
         1948.
H3e   Antara tokoh tersebut termasuklah Dato' Onn Ja'far dan Dato' Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar
          Kelantan)


Raja-Raja Melayu dan Pegawai Tinggi British selepas Upacara Menandatangani Perjanjian Persekutuan dan Negeri, di King's House, Kuala Lumpur pada 21 Januari 1948

No comments:

Post a Comment