PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Friday 5 August 2011

SOALAN KBKK ( Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis)

Pengenalan

1. Soalan KBKK diperkenalkan mulai SPM 2006.
2. Pd hemat saya, tujuan soalan ini ialah untuk membantu pelajar mendapat markah.
3. Disamping untuk mengaitkan dan merelevankan apa yang dipelajari di dalam kelas dalam situasi semasa
     supaya pelajar faham sejarah itu hidup.
4. Soalan KBKK hanya pada Kertas 2 Bhg. A dan B.
5. Bagi soalan struktur biasanya pada soalan pecahan (d) atau (e)
6. Manakala soalan esei biasanya pada soalan pecahan (c).

Contoh Soalan KBKK SPM 2010

Soalan Struktur

1(d) Sejarah telah membuktikan betapa pentingnya sungai dalam kehidupan manusia.
        Bagaimanakah kita seharusnya memelihara sungai supaya keselesaan manusia terjamin.
        i) ..............................................................................................
       ii)...............................................................................................
       iii)..............................................................................................
                                                                                            ( 3 markah~banyak tu)

- Sedihlah bila soalan camni pelajar pun xleh nak jawab.
- SPM 2010 bila saya kira , untuk soalan KBKK sahaja ada 33 markah.
- Sangat tidak logik boleh gagal sejarah..hehe..

Soalan esei

9 (c) Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda dapat menjayakan usaha kerajaan untuk menghadapi
        cabaran globalisasi ?
                                                                                                    ( 6 markah~ish..ish..byk tu !)
         ..................................................................................................................................................
         .................................................................................................................................................
         ................................................................................................................................................
        Soalan tanya peranan anda. Nak senang... mulakan  jawpan dengan..
         Saya akan...bla.. bla ( X 6 )

        Kadang pelajar silap pakai ganti nama ( kesian cikgu yg ajar BM)
        Kita hendaklah.....salah tu  bhai...
                     @
       PELAJAR hendaklah.....pun salah.......

Walaupun demikian ada juga soalan KBKK yg mengelirukan pelajar jika tidak berhati2.
Contohnya soalan Esei No. 6 (c) SPM 2008.

6(c) Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri kehidupan Arab jahiliah menghalang pembentukan masyarakat  
       bermoral ? 
                                                                                                        (6 markah)
Jika pelajar hanya tulis semula ciri-ciri jahiliah seperti :-
- merompak
- berzina
- minum arak
- bunuh bayi perempuan
- amal riba
- etc

X diterima kerana tidak menjawab soalan. 
Isi tersebut boleh digunakan tetapi perlu dikembangkan lagi.

Cth jawapan:
- pengamalan ciri-ciri Arab jahiliah seperti merompak menghalang pembentukan masyarakat bermoral kerana 
   perbuatan merompak adalah menyalahi undang-undang.
- Perbuatan berzina juga menghalang pembentukan masyarakat bermoral kerana orang yg melakukan zina 
   adalah berdosa besar dan akan dipandang hina oleh masyarakat sepanjang hidupnya.
- Perbuatan minum arak juga aktiviti yang tidak bermoral kerana........................................................... 
   ........................................................................................................................................................

Sentiasa Ingat !! Walaupun mudah...Fahami kehendak soalan.
 

1 comment: