PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Sunday 29 May 2011

Tajuk Tudingan Tema 7 ~ Bab 1

(1) Terangkan kemajuan bandar terancang dalam Tamadun Indus.

Tema
Huraian

Utama
Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
Kedua
Bahagian kedua merupakan kawasan perumahan
sistematik
Bandar-bandar dirancang dengan rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik
Geometri
Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan geometri dan pembinaan
Sumbangan
Mendapat ilmu pembinaan hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
Blok
Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
Jalan raya
Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain
Kumbahan
Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
Sungai
Bandar dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan


Mohenjo Daro
Sistem kumbahan




(2) Huraikan sumbangan-sumbangan Tamadun Hwang Ho.

Tema
Huraian

Gelaran
Gelaran raja ditukar kepada maharaja
Syurga
Konsep anak syurga dan mandat dari syurga dikaitkan dengan raja/maharaja
Pengairan
Terusan-terusan dibina sebagai sumber pengairan ke kawasan pertanian
Teknologi
Pembangunan sektor pertanian membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan, penciptaan cangkul dan sabit
Batas
Petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman
Besi
Menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi
Tulisan
Sistem tulisan terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun
Moyang
Pemujaan roh nenek moyang
Korban
Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barangan perhiasan
Yin
Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat Cina.
Kalendar
Semasa pemerintahan Shang sistem kalendar diperkenalkan
Sebulan
Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun
Musim
Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
Kahwin
Kalendar juga penting sebagai rujukan untuk menjalankan upacara perkahwinan, perburuan atau pengkebumian
Sun Tzu
Pengamalan falsafah perang Sun Tzu
Perang
Karyanya, the Art of War membincangkan selok belok perang
Musuh
Bagaimana menangani musuh
Perniagaan
Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan

No comments:

Post a Comment