PUTRA SEJARAH

PUTRA SEJARAH

Sunday 29 May 2011

Tajuk Tudingan Tema 7 ~ Bab 2



(1). Huraikan sumbangan-sumbangan Tamadun Rom ( Perundangan, Seni bina, Pendidikan, Teknologi )

Tema
Huraian

Kanun
Hukum Kanun 12 merupakan undang-undang Rom yang pertama
Awam
Dikenali sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan ditempat awam
Justinian
Maharaja Justinian telah mengumpulkan dan membukukan undang-undang. Hasilnya lahir Undang-Undang Justinian
Pantheon
Binaan berbentuk kubah, bergaris pusat 44 meter dikenali sebagai Pantheon.
Memuja
Tujuan pembinaannya untuk memuja dan menyimpan patung dewa
Colloseum
Binaan bulat tanpa bumbung dikenali sebagai Colloseum
Pahlawan
Tempat pertandingan bagi pahlawan Rom
Teater
Sebagai pusat teater berbentuk kubah
Flavian
Dibina oleh Maharaj Flavian
Aqueduct
Bekalan air dibawa dari sumbernya di gunung ke saluran air tersebut dikenali sebagai Aqueduct
Graviti
Teknologi aqueduct berasaskan sistem graviti
Praktikal
Pendidikan di Rom menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom
Yunani
Pendidikan di Rom menyerap unsur-unsur dari Yunani
Infrastruktur
Pendidikan di Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam
Boethius
Boethius ahli matematik Rom, teori matematiknya berasaskan tamadun Yunani
Astronomi
Beliau mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan astronomi


(2). Huraikan sumbangan-sumbangan Tamadun China (Perundangan, ekonomi , seni bina, pendidikan, teknologi)

Tema
Huraian

Legalisme
Sistem perundangan Dinasti Chin berasaskan Falsafah legalisme
Tegas
Undang-undang yang tegas digubal oleh Han Fei Tzu
Kawal
Undang-undang yang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia
Utuh
Pelaksanaannya tidak harus wujud rasa belas kasihan dan raja mesti memiliki kuasa utuh
Conficius
Ajaran Conficius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia dan masyarakat.
Tenggala
Tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
Kolar
Kolar kuda diperkenalkan untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu
Beroda
Kereta kuda, kereta sorong beroda dan penyisir tanah diperkenalkan
Bergilir
Sistem tanaman bergilir diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah
Teres
Kawasan bukit diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang
Pengairan
Sistem pengairan seperti pembinaan terusan dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian
Terusan
Kawalan terhadap banjir dengan menggunakan terusan yang dibina.
Tembikar
Perusahaan logam dan tembikar berkembang sejak Dinasti Han.
Persatuan
Muncul persatuan perdagangan yang melahirkan golongan kelas pertengahan
Lulus
Matlamat utama pendidikan adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan
Rendah
Pendidikan rendah mengenal dan menghafal tulisan ideogram
Suci
Menghafal 9 buah buku suci
Menengah
Pendidikan Menengah menghasilkan karangan dan sastera
Tinggi
Pendidikan Tinggi berkaitan menterjemah buku suci
Peperiksaan
Sistem peperiksaan di kawal ketat
Mati
Meniru dalam peperiksaan dikenakan hukuman mati
Kurung
Untuk mengelakkan penipuan pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan
Bilik
Calon peperiksaan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan
3 hari
Calon peperiksaan dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan
Tahap
Peperiksaan awam mengandungi 3 tahap
Hsiu Tai
Tahap pertama Hsiu Tai iaitu ijazah pertama
Chun Jen
Tahap Kedua Chun Jen iaitu sarjana
Chin Shih
Tahap ketiga Chin Shih iaitu Doktor Falsafah
Tembok
Pembinaan Tembok Besar Cina
Gasar
Fungsinya mempertahankan Cina daripada serangan orang Gasar
Larangan
Pembinaan Kota Larangan yang mempunyai banyak dewan dan taman
Pagoda
Kuil dan pagoda juga merupakan binaan penting
Gerbang
Dalam tamadun China juga terdapat banyak jenis pintu gerbang, tembok dan jambatan
Yin dan Yang
Konsep keseimbangan antara 2 kuasa iaitu Yang (kuasa aktif) dan Ying ( kuasa pasif)
Kertas
Teknologi membuat kertas bermula di China pada 105M
Chai Lun
Chai Lun berjaya mencipta kertas dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-sayuran.

(3). Terangkan Sumbangan Tamadun India (Perundangan, ekonomi, seni bina, pendidikan, teknologi)**

Tema
Huraian

Sastra
Kitab Dharma Sastra dianggap Kitab Undang-Undang Hindu yang paling tua
Suci
Raja bertanggungjawab memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang
Brahmin
Golongan Brahmin mahir tentang hukum hakam terutamanya berkaitan keagamaan
Maurya
Dalam Dinasti Maurya undang-undang Maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja
Ukir
Sebagai titah perintah diukir pada tiang batu yang didirikan ditepi jalan untuk dibaca oleh rakyat
Asoka
Tiang  itu dikenali Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman Asoka
Anga
Pusat perdagangan penting seperti Anga, Kalinga dan Karusa
Gading
Hasil dagangan seperti senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara
Tamralipti
Contoh pelabuhan penting seperti Tamralipti, Ghantasala dan Kadura
Sresthin
Wujud Sresthin iaitu persatuan perdagangan dan perusahaan disetiap bandar
Kawal
Matlamat Sresthin ialah mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja
Wang
Penggunaan mata wang seperti mata wang emas, perak dan cengkerang siput
Sutera
Perusahaan membuat sutera di Bengal dan Benares
Permata
Ada juga perusahaan barangan emas, mutiara dan batu permata
Cukai
Zaman Maurya pelbagai jenis cukai dikenakan
Sara
Cukai penting untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja
Bath
Terdapat binaan yang sangat baik seperti Great Bath
Ajanta
Kompleks kuil di Gua Ajanta ada 20 buah kuil
Ellora
Kompleks kuil di Gua Ellora ada 28 buah kuil
Geometri
Senibina Buddha memperlihatkan penggunaan elemen geometri iaitu berbentuk segiempat dan bulat
Menara
Terdapat menara pelbagai bentuk seperti kon, kubah dan pagoda.
Lelaki
Pendidikan didominasi oleh kaum lelaki
Sanskrit
Bahasa sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting
Veda
Pendidikan menumpukan pembelajaran kitab-kitab Veda
Taxila
Pada abad pertama Masihi wujud Universiti Taxila
Brahman
Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman
Saintifik
Mereka juga mempelajari karya saintifik dan falsafah
Sains
Pendidikan juga bertujuan meningkatkan ilmu sains
Astronomi
Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda
Matematik
Aryabhata dan Varahamihira ahli matematik terkenal India
Kharosti
Memperkenalkan sistem nombor iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti
Perubatan
Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecenderungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan Yoga


No comments:

Post a Comment